Kuih keria gula melaka viral.

By Cikla Shahril - February 02, 2017

Orang lain dah lama buat kuih keria ni, cikla baru sibuk nak buat ye. Hehe. Tapi, takpelah. Janji kita cuba dan buat sendiri. Apa yang paling penting, cikla memang nak rasa sangat kuih keria gula melaka viral yang orang heboh-hebohkan sebelum ni. Kebetulan, minggu lepas, cikla balik kampung. So, berpadu tenagalah dengan mak cikla buat kuih ni. Kalau 'ada kawan' nak buat, memang semangatlah sikit. Hihi.

Cikla ada gak usha-usha sikit resepi ni kat Google. Senang je. So, cikla buat ikut citarasa sendiri. Memang mudah je, semudah 123 ABC kata kau. Teman ni idaklah pandai benor masak, tapi tang yang simple mimple ni, bolehlah bolehlah. Bak kata si Jarjit dalam upin ipin. Haha. Yang dah tau duk diam-diam sana. Yang belum tau dan tak tau, mai rapat rapat. Hihi. Jom tengok bahannya.

Bahan-bahan;

1 kg keledek putih.
2 cawan tepung gandum.
2 sudu tepung beras.
Sedikit garam.
Minyak untuk menggoreng.

Bahan untuk sira;
2 ketul gula melaka.
1 sudu gula biasa.
3/4 cawan air.

Cara nak buat kuih keria gula melaka viral.

Ikut step by step seperti dalam gambar.
Kuih keria gula melaka viral.
Kuih keria gula melaka viral. 
Kupas keledek dan potong sederhana besar. Cuci bersih-bersih, kemudian rebus dengan sedikit garam sampai empuk. Bila dah empuk, sejukkan sekejap. Selepas itu, lenyek-lenyekkan keledek. Lepas dilenyek, uli keledek dengan tepung gandum dan tepung beras sampai keledek dan tepung bercampur dengan baik. *MasyaAllah ayat dah belit-belit dah... Hehe... yang tu tangan mak cikla... air tangan ibu semestinya sedap kan... 
Kuih keria gula melaka viral.
Bila dah lembut, bentuk-bentukkan doh jadi bentuk gelang. Ala, yang macam nak buat donut tu. Nak senang, guna je acuan kuih donut. Nanti sama je bentuk dan saiznya. Takdelah nanti ada kecik, ada besar. Buat comel-comel macam Tuan yang buat tu... Hihi.. Lagipun, senang nak makan nanti. Ulang sampai habis.

Kuih keria gula melaka viral.
Sementara itu, panaskan minyak. Bila minyak dah panas, goreng yang di bentuk tadi sampai kekuningan. Bila dah nampak kekuningan, angkat keria dan toskan minyaknya. Ketepikan...
Kuih keria gula melaka viral.
Kuih keria yang dah siap digoreng. Cantik je warnanya kan... gold gitu...

 Kuih keria gula melaka viral.
 Hancurkan gula melaka dengan menggunakan pisau. Last nya cikla tumbuk je... settle... Hihi... 

 Kuih keria gula melaka viral. 
Selepas itu, dalam kuali yang berasingan, masukkan gula melaka yang telah dihancurkan, gula putih, dan air. Masak ketiga-tiga bahan sampai gula melarut. Sentiasa dijaga, jangan sampai hangit.  Bila nampak gula macam ada buih gelembung-gelembung tu, dah boleh masukkan keria yang digoreng tadi. Masukkan keria dan gaul cepat-cepat. Jangan biar sampai gula pecah, nanti tak cantik.  Bila dah digaul rata, bolehlah diangkat.
Kuih keria gula melaka viral.
Taraaaaaa... inilah kuih keria gula melaka cara cikla.... Sedap jugak, lembut je... Sejuk pun masih lembut jugak. Tak keras kejung... Hihi.. *haha... puji diri sendiri...

Senang je kan? Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Nampak sedap la CikLa...hihi bleh la order ngan CikLa nanti.. =)

    ReplyDelete
  2. sedapnya cik la.. tak berapa nak rajin lagi ni nak buat kuih keria hiii..

    http://galeriduniaku.blogspot.my/2017/01/giveaway-sample-collagen-soap-nurraysa.html

    jemput singgah kat blog ada Giveaway.. :))

    ReplyDelete
  3. ymm3..sedapnya!terliuq tgk

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi rasa, kalau rajin boleh la kot try resepi ni..hehe

    ReplyDelete
  5. Hari tu masa jjcm ke Melaka cari juga kuih yang viral ni.
    Ok juga rasanya, tapi sedap lagi yang pn is3 WP buat.

    ReplyDelete