"Luahan Rasa Tanpa Suara"

30 September 2015

Nak bebas hutang? Cuba ni...

Hutang, hutang, hutang. Pada zaman sekarang ni, sana-sini orang mengeluh pasal hutang. Hutang keretalah, hutang rumahlah, hutang kawinlah, bahkan macam-macam lagi. 

Lebih sadis lagi, dapat je gaji, tolak tambah bahagia darab, duit gaji tinggal ciput je untuk cover sampai bulan yang akan datang. Itu pun kalau ada balance. Kalau takde, licin licau lagilah haru, siap tak cukup lagi. 

Semua ni akan bagi effect kat kehidupan kita dan rumahtangga akan ada masalah, nak-nak pulak zaman sekarang ni semuanya memerlukan duit.

Ada orang suka meletakkan sesuatu tempoh untuk dia melangsaikan semua hutang-hutangnya. 

Contohnya, dia tekad settle semua hutang dalam tempoh 5 tahun lagi. Sebenarnya semua itu tak mustahil boleh dicapai kalau kita punya azam yang kuat dan jangan lupakan amalkan prinsip berikut:

Beli barangan secara tunai

Jangan membeli barangan melibatkan ansuran bulanan atau sekarang ni (lebih-lebih lagi kalau musim perayaan) kebanyakan kedai buat promosi,  pakai dulu bayar kemudian. Jangan, jangan terpengaruh dengan tarikan sebegitu. Kalau kita mampu, its ok.  Just carry on. 

Tapi, kalau sebaliknya? Dah hujung bulan garu-garu kepala yang tak gatal. Pasal apa? Pasal pening nak pusing duit gaji nak bayar hutang. Lagi senang macam ni, simpan duit dulu, kalau dah cukup baru beli, ok kengkawan.

Hidup bawah kemampuan bukan ikut kemampuan. 

Ha, korang paham tak? Maksudnya macam ni. Belanja ikut kemampuan maknanya, kalau gaji korang seribu, korang belanja pun seribu. Kalau gaji korang 30 ribu, belanja pun 30 ribu. Tak boleh macam tu dik, memang cari penyakitlah namanya tu. Very dangerous. 

Sebaiknya berbelanjalah ikut keperluan kita (beli apa yang perlu), then bakinya boleh simpan. Kan elok macam tu.

Simpan walaupun ciput.

Tabiat menyimpan/menabung sepatutnya dimulakan dari kecik lagi. Ajar anak kita amalan menabung, so that mereka akan terbiasa. Tak kiralah berapa yang kita simpan. Banyak ke, sikit ke, janji ada saving.

Buat side income. 

Zaman sekarang macam-macam lubang untuk menambah pendapatan kita. Bisnes online yang paling popular dikalangan orang sekarang Suri rumah pun boleh buat, sebab biz online ni memang dijalankan di rumah. 

So, duit gaji kita boleh guna untuk kegunaan seharian, settle hutang mana yang patut. Manakala, duit  hasil side income ni kita boleh simpan. Silap-silap hari bulan duit hasil income lagi high dari duit gaji kita. Hehe. 

Meh cikla nak share satu doa,

Nak bebas hutang? Cuba ni...
Nak bebas hutang? Cuba ni... Sumber Google.

Apa yang penting kita sendiri kena pandai mencorakkan corak yang bagaimana untuk duit yang kita dapat tiap-tiap bulan (duit gajilah tu) supaya kita tak rasa kesempitan wang walaupun baru di pertengahan bulan. Adoiiii, pening mak nak.

Sumber dari ruangan ringgit & sen (MW).

6 comments: