Santai-santai di pantai Morib.

Sebenarnya ni semalam punya cerita. Harap tak basi lagilah kan. Semalam lepas cikla and family pergi kenduri kahwin kenalan kami, kami singgah jap ke pantai Morib. 

Kata encik suami, kat Morib ada karnival, so macam excited lak nak pergi sana. Kalau tak beli pun, jalan-jalan cuci mata sat. Sampai sana, ramai jugak orang yang datang, walaupun keadaan di Banting masih lagi jerebu. 

Walaupun hampir 6 tahun cikla bermastautin di Banting ini, memang jarang sesangat pergi pantai ni. Entahlah, dah encik suami tak nak bawak, nak buat macam mana kan?

Santai-santai di pantai Morib.
Santai-santai di pantai Morib.

Masa sampai air belum pasang lagi, baru nak pasang. So, lepas jalan-jalan kat karnival tu, kami lepak-lepak jap kat tepi pantai tu sambil tengok dua beradik tu (kakak uci dan onye) main belon. Ramai jugak orang lepak kat sini.

Santai-santai di pantai Morib.
Santai-santai di pantai Morib.

Untuk pengetahuan korang, pantai Morib ni memang popular jugaklah di kalangan orang-orang yang gemar menghabiskan masa santai mereka di pantai. 

Kalau orang cakap pasal pantai Morib, mesti orang tau. Banyak kedai-kedai makan yang ada di sini di samping gerai-gerai yang menjual cenderahati untuk pengunjung.

Santai-santai di pantai Morib.
Santai-santai di pantai Morib.

Korang yang belum pernah sampai sini mailah datang. Kalau nak bermalam ada jugak homestay dan hotel disediakan berdekatan dengan pantai ni. Sorrylah, cikla tak dapat nak snap gambar banyak sangat, pepaham je lah.

Nak info lagi? Klik sini

1 comment:

  1. wak dh penah smpi pantai morib ni, cantek juga ;p

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews