"Luahan Rasa Tanpa Suara"

29 September 2015

Resepi ayam masak ungkep.

Wah, cikla nak kongsi resepi lagi. Rasanya orang jawa mestilah familiar dengan resepi ni, resepi ayam masak ungkep. Walaupun cikla bukan orang jawa, (ai melayu bugis tau), tapi macam kena amik tau jugak macam mana nak masak menu ni, sebab encik suami orang joworiansss. Hehe. Lagipun, kalau bapak mertua request menu ni, takdelah terpinga-pinga pening lalat tak tau macam mana nak buat. Ye tak? Hehe.

Cikla tak ingat cikla amik resepi ni dari mana, but thanks a lot ya pada si penulis resepi. Dah banyak kali jugaklah cikla buat. Senang je rupanya nak masak ayam masak ungkep ni. Bahan yang digunakan pun biasa-biasa je, ada kat dapur kita. Takdelah bahan pelik-pelik sangat. Dah dah, jom kita tengok bahannya dulu.

Bahan-bahan:

(Cikla ubah sikit ikut kesesuaian, sebab keluarga cikla tak ramai. Hehe).

1/2 ekor ayam.
1 labu bawang besar (potong bulat).
1 batang serai (di ketuk).
1 keping asam keping.
I batang kulit kayu manis.
1 kuntum bunga lawang.
Minyak masak, garam, gula dan perasa.

Kemudian, bahan kisar pulak:

1 sudu besar ketumbar.
2 sudu besar jintan putih.
2 sudu besar jintan manis.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup (tapi kalau takde kunyit hidup cikla pakai serbuk kunyit je. Tapi, warna kuningnya kurang sikitlah).
1 biji bawang besar.
2-3 ulas bawang putih.

Cara nak buat pulak:

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, serai, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau. Lepas tu, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sampai bahan garing. Kemudian, masukkan ayam dan kacau rata. Setelah itu, masukkan air dan asam keping, kemudian tutup kuali dan masak sampai ayam empuk. Biarkan kuah sampai pekat. Tapi kalau korang nak kuah lebih tambah air. Bila ayam dah empuk, masukkan garam, gula serta perasa dan kacau rata. Biarkan seketika dan boleh diangkat. Dan inilah hasilnya. Nyum nyumm, sedap.

Resepi ayam masak ungkep.
Resepi ayam masak ungkep.

Amboi, interprem nampak kau si kulit kayu manis. Haha. Look yummyyy kan? Makan dengan nasi panas ganding dengan telur dadar letak cabai banyak-banyak dan sup sayur memang mabeles. Aiseyyy lapar pulak. Selain tu, menu mudah ni tak pedas pun, so budak-budak boleh makan. Cuba jangan tak cuba.

1 comment:

  1. kita tak pernah makan tapi selalu duk dengar orang cakap ayam ungkep ni

    ReplyDelete