Senyumlah... tak luak pun!

"Hishhhh, nak senyum pun susah ke? Bukan kena bayo pun. Nak-nak pulak awak tu meniaga. Mahal sangat senyum dia tu gamaknya. Dia tak tau agaknya yang dengan senyumlah dia boleh tarik lagi ramai pelanggan datang. Tapi, kalau dah muka tu masam, kelat, payau semua ada, manalah ada orang nak singgah kat kedai awak tu. Kalau yang singgah pun sebab no choice kot, sebab dah takde kedai lain."

Aisehhhh, apakah yang cikla bebelkan petang-petang buta ni kan? Uishhhh, takdelah nak membebel sangat, tapi macam geram je, macam geram je tau. 

Al-kisahnya, tadi cikla keluar kejap pergi ke sebuah kedai ni (amboi skema ayat, hehe). Orang yang jaga kedai ni, mukanya, ya ampunnnn. Punyalah masam macam cuka, agaknya kalah cuka kot tahap kemasaman dia tu.

Nak kata mukanya memang serius, tapi agak-agaklah dik. Geram je tengok, mujurlah cikla ni bukan jenis orang yang ringan mulut. Kalau jenis macam tu, memang dah kena saunnnnn kot, ishhhh.

Kadang-kadang cikla hairan bin ajaib dengan sikap segelintir (tak semualah) peniaga yang macam tak reti nak entertain customer. Paling busuk pun, senyum. Bukannya payah bebenor. 

Lagipun, bukan customer nak mintak awak melayan mereka tu macam raja, begitu begini. Tapi, cukuplah sekadar memberi mereka senyuman termanis.

Senyumlah... tak luak pun!
Senyumlah... tak luak pun! Kredit Google. 

Lantaklah kalau time tu ko senyum pura-pura ke kura-kura ke kat depan customer, janji muka ko tu sweet gitu dengan senyuman. Barulah customer nak datang lagi kedai ko.

Orang ramai cakap, lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam makanan. Tengok betapa pentingnya aura senyum tu pada kita. Senyum memaniskan wajah kita. Sejuk je mata orang tengok kan. 

Lagipun, senyum itu sedekah, bukan susah pun dik, senyummmmmm bebanyak tau.

2 comments:

  1. erm memang geram kalau ada peniaga macam ni cik La, payah sangat agaknya nak senyum tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak... kdg2 tu kita beria-ia senyum (kekonon ramah lah) tapi dia, hampeh... masam kelat mukanya... huhu

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews