Advertisement

Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor.

KANAK-KANAK MAUT TERTUSUK BESI PEMIJAK MOTOR. Innallillah... memang orang cakap malang tak berbau. Tapi, semuanya sudah kehendak Allah. Tadi masa cikla belek-belek surat khabar hari ni, mata tetiba tertumpu kepada tajuk yang sungguh menyayat hati. Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor...

Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor.
Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor. Sumber Harian Metro.

Kanak-kanak maut tertusuk besi pemijak motor.

Usia kanak-kanak malang itu berusia 2 tahun. Allahuakbar... bila cikla baca berita ni teringat yang anak cikla pun lebih kurang sebaya dengan mangsa, 3 tahun dan 5 tahun. Anak-anak cikla jugak suka panjat-panjat motor.... Sebelum tu cikla nak cerita sikit kisah ni...

".....Kejadian berlaku di Felda Pasir Besar Peringkat 3, Gemas, N9, yang mana pada kira-kira pukul 11.20 pagi, mangsa adik Mohammad Aidil Aqasha, 2 bersama abangnya dikatakan bermain-main di motor milik datuk mereka di depan rumah. Motor tersebut dipercayai tumbang dan menghempap mangsa menyebabkan besi pemijak motor itu tertusuk di kepala mangsa. Mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Menurut pasukan penyelamat, kejadian berlaku bila besi pemijak bahagian kiri motor yang takde pelapik getah tertusuk di bahagian kiri kepala mangsa. Mangsa alami pendarahan teruk di kepala manakala abang mangsa patah tangan kiri....."

MasyaAllah, sedihnya. Pada pendapat cikla, kita tak boleh nak salahkan anak kita 100% sebab ibubapa perlu sentiasa memantau anak mereka. Nanti ada pulak yang cakap, tak kan mak bapak nak duduk je depan anak 24 jam, ada jugak kerja nak dibuat.. ye, memang betul tu. Tapi, sebagai ibubapa kita kena terapkan anak-anak supaya sentiasa menjaga diri dan ingatkan mereka perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya.....

Kanak-kanak umur sebegini memanglah aktif dan sentiasa perlu diperhatikan. Anak cikla, adik ammar yang baru nak masuk 1 tahun ni pun, dah ligat yang amat.... panjat memanjat takde hal punya. Selamba dia je.... Risau jugak kalaulah jatuh. Ada sekali tu, dia panjat tangga sikit lagi nak sampai atas. Berderau darah tengok. Kalaulah jatuh..... Hishhhhh.....

Cikla harap cerita ni akan bagi pengajaran dan ikhtibar pada ibubapa di luar sana dan diri cikla dan suami supaya lebih berhati-hati dan alert dengan "kelasakan" anak-anak kita. Bak kata pepatah, cegah sebelum kena.

Al fatihah untuk mangsa dan salam takziah untuk keluarga mangsa. Semoga tabah menghadapi ujian ini...

Post a Comment

10 Comments

  1. singgah sini.

    Selamat berhujung minggu. Jemput singgah k..

    Entry terkini:
    1. "Tahniah Kumpulan Sutra Dana, Lantai Cilik Musim Ke-3 2015"

    ReplyDelete
  2. memang sedih bila baca kisah adik ni.. malang x berbau.. tp sebagai org dewasa. mmg kena lebih prihatin...al-fatihah buat anak syurga..

    ReplyDelete
  3. salam takziah kepada keluarga beliau..
    kena hati2 lepas ini..

    Blogwalking sini..

    Blogahbar

    ReplyDelete
  4. Salam takziah buat keluarga arwah...syurga pasti untuk anak anak

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  5. Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 166
    Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
    boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

    Official Blog :
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Catlover Blog :
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.. takut tengoknya..

    ReplyDelete