Adik Ammar dah setahun dah!

Wah, hari ni genap setahun usia anak bujang cikla, Ahmad Ammar Rizqie. Setahun sudah berlalu, memori muncul kembali, haha. Nyanyi pulak. 

Nak cerita kenangan dan pengalaman cikla masa melahirkan Ammar memang panjanglah (kekonon je) tapi memang kenangan tak boleh dilupakanlah. Berkampung di hospital hampir sebulan (3 minggu) selepas melahirkan Ammar memang cikla tak boleh lupa. 

Nak-nak pulak first time stay kat hospital, haha. Klik sini untuk baca cerita selanjutnya.

Rasanya macam semalam je cikla tengok Ammar dalam NICU dengan wayar kat hidung, hampir seminggu Ammar berjauhan dari cikla, sebab Ammar ada masalah pernafasan. 

Tapi, sekarang syukur alhamdullilah, Ammar membesar dengan sihat cuma kena pantau dari segi pernafasan dia. Sekarang ni pun Ammar kurang sihat sikit sebab batuk dan selsema. 

Adik Ammar dah setahun dah!
Adik Ammar dah setahun dah! Kredit Google. 

"Selamat hari lahir adik Ahmad Ammar Rizqie. Semoga adik membesar dengan sihat dan jangan nakal-nakal tau. Dengar cakap ibu ayah, jangan gaduh-gaduh dengan kakak ye. Ibu sayang adik, dan kakak jugak. Semoga sentiasa berada dibawah rahmatNya. Muahhhh."

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews