21 September 2015

Sup cendawan bertelur.

Wah wah, cikla nak kongsi resepi lagi ni. Resepi cendawan lagi. Kali ni sup pulak. Mesti ramai yang dah tau resepi ni kan? Tapi, takpelah, cikla nak share jugak. Resepi yang cikla share ni semestinya ringkas dan sedap. 

Sup cendawan bertelur.
Sup cendawan bertelur.

Sebelum tu, jom kita tengok bahan-bahannya.

1 peket (250gm) cendawan tiram.
1/2 biji bawang merah dihiris.
1 ulas bawang putih dihiris.
1 sudu kecil serbuk lada hitam.
1 biji telur.
Minyak, garam, gula dan perasa.

Cara-caranya pulak; 

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang dihiris sampai kekuningan. Kemudian masukkan telur, kacau sampai garing. Selepas itu, masukkan air dan biarkan kuah menggelegak. Masukkan juga garam, gula, serbuk lada hitam dan perasa dan biarkan sekejap. Setelah itu, masukkan cendawan dan biarkan sampai cendawan layu dan bolehlah diangkat. Macam mana, memang senang sesangat kan? Cubalah, sedap. Makan dengan telur dadar memang terangkatlah. Selamat mencuba.

2 comments:

  1. tq berkongsi idea cikLa, nampak simple, in shaa allah ada rezeki kak ana cuba nanti :)

    ReplyDelete
  2. tq berkongsi idea cikLa, nampak simple, in shaa allah ada rezeki kak ana cuba nanti :)

    ReplyDelete