29 September 2015

Beli baju anak, ada tips ke?

Aik, nak beli baju anak pun ada tips jugak ke? Ishhh, mestilah ada, lebih-lebih lagi baby. First time mummy mesti teruja nak beli baju anak, nak-nak pulak time raya. Kat pasaran sekarang macam-macam fesyen baju kanak-kanak. Kalau baby girl, lagilah banyak yang comel-comel. Sampai rambang mata nak pilih yang mana. Silap haribulan satu kedai diborongnya. Hehe.

Dulu masa anak pertama dulu memang excited. Pantang keluar mesti shopping baju untuk anak. Satu lemari kau limah. Hehe. Macam-macam fesyen ada. Nak gaun, ada. Nak seluar, pun ada. Ghairah punya pasallah tu. Tapi, bila dapat anak kedua, dah kurang sikit keghairahan tu sebab si adik boleh pakai baju kakak. Recycle balik bak kata orang putih. Jimat pun jimat kan.

Oklah, berbalik kepada tajuk kita tu, ada beberapa tips yang boleh kita guna ketika membeli baju your sweetheart, iaitu:

Beli baju anak, ada tips ke?
Beli baju anak, ada tips ke? Kredit Google. 

  • Elak membeli baju dari bahan sintetik (nilon dan poliester) sebab bahan ni tak serap peluh. So, kalau kulit anak (terutamanya baby) kita jenis sensitif dan alergik, yang mana tak tahan akan menyebabkan ruam/alahan selain menimbulkan bau yang kurang enak. Bahan terbaik adalah dari fabrik kapas sebab lebih mesra bayi dan yang paling penting serap peluh.
  • Cari baju yang longgar untuk memudahkan anak mudah beraksi. Lagipun, kalau baju ketat sangat (atau ikut saiz badan) akan sebabkan luka/iritasi sebab bergesel pada kulit. Kulit bayi terutamanya masih nipis sebab tiada lapisan lemak macam orang dewasa.
  • Pilih baju yang senang nak ditanggal masa nak tukar pampers. Kalau boleh jangan pilih baju berbutang besar/zip di bahagian belakang  kerana ia akan menyakitkan badan baby. Baju dengan butang di depan amat membantu masa kita nak tukar pakaian anak.
  • Jangan pilih baju dengan berkolar keras/tebal sebab ia akan membuatkan kulit leher baby gatal. Lagipun, ia akan menyebabkan anak berpeluh berlebihan. Kalau jugak bolehlah, masa cuaca sejuk.
  • Elak pilih baju yang penuh dengan kerutan di bahagian dada sebab kalau ia terlalu sempit, kerutan ini akan menekan dada anak dan anak boleh sesak nafas. Kalau nak jugak, pilih baju dengan kerutan yang longgar di bahagian dada.
  • Pastikan pakaian yang mempunyai getah elastik (bahagian pinggang, lengan, paha dan pergelangan tangan) tak terlalu ketat sampai meninggalkan bekas dan menyakitkan anak. Jangan tak tau, keadaan ini boleh menganggu aliran darah anak tau.
  • Hindari pakaian dengan adanya aksesori yang sarat dengan butang, reben atau manik. Bukan apa takut anak akan menarik atau tertelan benda tu semua, terutamanya baby.

Haaa korang. Ni cikla nak bagitau gak ni, kalau korang beli pakaian baru seeloknya basuh dulu sebelum nak pakai sebab ia dapat mengurangkan tahap kandungan toksik pada pakaian tersebut. Lagi satu kalau boleh jangan beli pakaian yang ada corak huruf yang dihasilkan dari bahan kimia phthalates dan cari bahan yang mempunyai eco-label.

Sumber Ruangan Untukmu Mama, majalah wanita. 

1 comment: