Sebelum ni memang cikla tercari-cari apa yang sesuai untuk dicalitkan di bibir ku yang mungil ini (ewah, perasan pulak, haha). Jujur, cikla memang jarang sesangat pakai lipstik, sebab rasa macam tak selesa kat bibir. Kalau keluar pun cikla just pakai BB krim pastu pakai bedak (pixy) and kalau rajin pakailah celak. Eye shadow, blusher blusher memang takdelah. Oklah, berbalik kepada cerita atas tu, cikla nak share satu produk baik khas untuk bibir dan boleh jugak digunakan di pipi. Produk itu adalah PENAIK SERI WONDER PINK ANUGERAH.
Penaik Seri Wonder Pink Anugerah. |
Penaik Seri Wonder Pink Anugerah. |
Wah, namanya pun dah gempak kan. Kalau korang nak tau, Penaik Seri Wonder Pink merupakan salah satu produk terbaik keluaran ANUGERAH. Ia diperkaya dengan kolagen, vitamin A & E dan satu-satunya pengilat bibir dan pemerah pipi yang bertindak ikut suhu badan. Hasilnya, ia akan memberikan warna yang berbeza bila dipakai di bibir atau di pipi.
Sebenarnya, cikla baru je cuba Penaik Seri Wonder Pink Anugerah ni. Tapi, memang terujalah dengan hasilnya. Dengan secalit memberikan hasil yang memukau. Waduhhh, ayat baik punya. Hehe. Tapi, betul tau. Bibir akan jadi lebih lembap, segar dan yang paling penting look pink. Lagipun, ia memang membantu memberi kelembapan dan anjalkan kulit serta elak kedutan.
Penaik Seri Wonder Pink Anugerah. |
Cara nak guna pun senang je, iaitu:
- Baca selawat dan al-fatihah serta niatlah kepada Allah apa yang dihajati.
- Oleskan Penaik Seri Wonder Pink Anugerah pada bibir hinggan hasilkan lapisan rata. Loretkan Penaik Seri Wonder Pink pada pipi dengan rata macam pakai blusher.
- Biar 1-2 minit dan Penaik Seri Wonder Pink Anugerah akan berubah warna ikut suhu badan kita.
Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Wonder Pink, minyak jojoba, minyak bunga matahari, vitamin A & E, asid laktik dan kolagen. Untuk pengetahuan korang, keistimewaan Penaik Seri Wonder Pink Anugerah ini adalah ia telah didoakan dengan bacaan 30 juzuk Al-Quran serta doa pilihan. Jadi, jangan dilangkah kerana kandungannya telah didoakan.
Harganya amat berpatutan iaitu hanya rm34 (Semenanjung) dan rm39 (Sabah/Sarawak). Dalam setiap kotak turut disertakan borang testimoni untuk pengguna. Pengguna bolehlah share kebaikan Penaik Seri Wonder Pink Anugerah ini kepada orang lain. Tak salah kan berkongsi benda yang baik.
Cikla memang terjua sangat pakai Penaik Seri Wonder Pink Anugerah ni. Rasanya dah jumpa apa yang cikla cari-cari selama ni. Sesuaiiii sangat, terbaiklah.
0 comments: