Aiiyaaa, sudah lama baru mau cerita ka? Haha. Alah, bolehlah. Cikla nak cerita jugak. Hihi. Ok ok ok, nak dijadikan cerita, masa cikla dengan famili cikla buat short vacation ke Port Dickson tempoh hari, kami telah menyinggah untuk menjamu selera di restoran Cowboy Place.
Jom makan di Cowboy Place, Port Dickson. |
Agaknya sapa-sapa yang pergi ke Port Dickson mesti tau or pernah nampak (kalau tak singgah pun, sebab restoran ni tepi jalan) restoran ni.
Dari luar memang nampak menarik. Decoration restoran ala-ala cowboy, dengan aksesori seperti pistol, jaket, topi koboi semua ada. Kalau yang memang minat cowboy, memang excited bila melangkah masuk ke restoran ni.
Main menu kat restoran ni rasanya memang satu je, iaitu nasi kukus ayam panggang yang lazat dan menyelerakan (ayat promote nampak) haha.
Lepas tu, menu yang di grill juga ada (sampingan) seperti hotdog, pelbagai jenis meatball ada jugak. Minumannya pulak pun satu jenis je iaitu jus tembikai. Ia boleh di "order" samada satu jug atau cawan.
Jom makan di Cowboy Place, Port Dickson. |
Jom makan di Cowboy Place, Port Dickson.. |
Nasi dia memang banyak, dengan ayamnya lagi dipotong dengan bahagian yang besar. Memang puaslah. Masa cikla datang, orang memang ramai giler. Semuanya self-servis.
Jangan tak tau, siap ada live band lagi. Maybe salah satu trick nak tarik customer datang dan customer dihiburkan semasa menjamu selera, sebagai halwa telinga.
Jom makan di Cowboy Place, Port Dickson. |
Antara art yang dilukis di dinding restoran. Bolehlah posing, amik gambar sekeping dua buat kenangan. Cikla pun tak sempat nak snap banyak gambar masa tu. Maklumlah, tengah syok makan dan bizi melayan kerenah anak-anak.
Kalau korang datang ke Port Dickson, jangan lupa singgah sini tau. Best sangat. Cikla bagi 7 bintang sebab masa cikla datang servis lambat sikit. So, potong 3 bintang. Hahahaa. Pling pling. ⭐️⭐️⭐️
More info here
0 comments: