Kecoh selepas kemalangan maut.

Semalam berlaku kemalangan maut di kampung Assam Jawa, Kuala Selangor. Kampung cikla tu. Cerita awal cikla tau dari adik cikla melalui group wasap. 

Katanya ada kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal (melayu perempuan) dan sebuah kereta MPV (dinaiki oleh cina sekeluarga).

Kisahnya begini (seperti yang diceritakan oleh adik cikla), kereta itu hendak membelok masuk ke taman Assam jawa dari arah kuala selangor. Manakala motor pulak dari arah bertentangan. 

Katanya kereta tu main belok je, motor tu nak elak tu yang terbabas langgar tembok. Motor masuk parit pastu mangsa tercampak.

Yang menjadi kemarahan penduduk di situ, boleh pulak si keluarga cina tu buat dek je dengan mangsa. Si cina tu cuma kol ambulans, dan dengan selamba je mereka sekeluarga makan di kedai makan di situ. 

Si mangsa pulak terbiar menggelitik di luar. Takde lah inisiatif nak bantu ke, at least tengok keadaan mangsa. Malangnya, mangsa meninggal.

Kat bawah ni, video kekecohan tu. Sekejap je video ni dah viral di laman sosial. Tapi video ni cikla dapat dari group whatsapp. (Cikla dah upload kat YouTube).


Kecoh selepas kemalangan maut.

Bagi pendapat cikla, memang tak patut apa yang cina tu buat. Nampak sangat selfish. Memang patutlah dapat 'penangan' dari warga di situ. Geram sangat sampai tak boleh nak sabar. Jangan buat macam tu kat orang, mana tau lepas ni entah adik-beradik ke, saudara mara ke sendiri kena macam tu, tak pun diri sendiri kena, marah tak? Geram tak?

Cikla bukan nak rasis, tapi kita kan duduk dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum, sepatutnya sikap bantu membantu dan concern patut ada lebih-lebih lagi orang dalam kesusahan. Jangan pentingkan diri, mana tau lepas ni kita pulak perlukan pertolongan orang. 

Innalillah dan Al-Fatihah kepada mangsa. Khabarnya, masa kejadian mangsa baru pulang dari kerja. Kepada keluarga mangsa, salam takziah dan bersabarlah dengan dugaan ini.

Info lagi klik sini Sumber video dari whatsapp group.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews