Hari tu Cikla ada update entri berkenaan dengan kes kemalangan maut yang berlaku di kampung Assam jawa, kuala selangor dan kekecohan akibat ketidakpuasan warga penduduk di situ. Klik sini untuk lihat entri.
Cikla ada baca di newsfeed FB mengatakan arwah sebenarnya meninggal kerana terbabas melanggar tembok dan kematiannya disebabkan oleh lehernya patah.
Jadi, ini bukan disebabkan oleh lelaki cina yang dikatakan memandu masuk ke Taman Assam jawa kerana mahu makan di restoran di Taman itu.
Memetik dari blog kachipemas.blogspot.my:
"“Berita itu tidak betul. Cerita sebenarnya, penunggang motosikal itu terbabas sendiri lalu melanggar tembok longkang. Akibat dari kemalangan itu, tengkuk mangsa patah.
Lelaki Cina itu dalam perjalanan ke restoran yang ingin dikunjungi, namun kebetulan melihat kejadian itu lalu memberhentikan keretanya. Dia menjenguk keadaan mangsa yang terjatuh di dalam longkang dan terus menghubungi talian kecemasan 999.
Menurut siasatan pihak polis, mangsa dipercayai mengantuk kerana jarak perjalanan yang jauh dari Shah Alam ke Kuala Selangor setelah habis kerja dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang.
Siasatan di tempat kejadian juga menunjukkan bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan mangsa dilanggar.
Sebaliknya motosikal mangsa terlanggar tembok longkang itu sendiri. Siasatan juga mendapati, lelaki itu tiada kaitan dengan kemalangan tersebut,” katanya."
So, warga dikatakan salah faham bertindak memukul lelaki cina tersebut kerana menyangka lelaki tersebut lepas tangan kerana melanggar mangsa. Pada pendapat cikla, hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
singgah ^_^
ReplyDelete*jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com
*done follow #152
Tq sudi singgah
Delete