Kalau nak cerita pasal diet ni sampai esok pun tak abis kan. Banyak perkara sebenarnya yang berkaitan dengan diet ini.
Macam mana nak dapat hasil diet yang bagus dan yang paling popular apakah menu/makanan yang sesuai untuk berdiet. Tapi sekarang cikla nak cerita betapa pentingnya melakukan akitiviti fizikal di samping pengambilan makanan yang sihat dan seimbang.
Ada beberapa cara yang kita boleh amalkan untuk kekal langsing dan cantik.
Mudahnya berdiet. Kredit Google. |
SEGERAKAN DIET SEIMBANG.
Jangan menunda kalau kita berniat untuk berdiet. "Aku nak diet, tapi, ermm esok je lah." Bukan apa, lagi lama kita menunda, lagi malas kita nak buat nanti. Lagipun, kalau cepat kita lakukan, akan cepat lah hasil yang kita dapat.
REALISTIC VISION.
Tujuan dan matlalamat yang jelas ditentukan. Jadikan jeans lama atau baju kebaya zaman anak dara kita sebagai salah satu alat untuk memotivasikan diri, supaya apa yang kita mahu tercapai.
JANGAN LUPA SARAPAN.
Sarapan penting tersangatlah pentingnya sebab ia menjadikan proses pembakaran berlaku dengan cepat.
AWASI PENGAMBILAN MENU.
Sentiasa peka dan wasapada dengan apa yang kita makan sebab ia akan mempengaruhi hasil kita di akhir program diet kekal.
36 KALI KUNYAHAN SETIAP SUAPAN.
Amboi, sempat ke nak kira berapa kali kita mengunyah tu? Hahaha. Tapi, jangan tak tau makanan yang dikunyah lebih akan menjadikan kita lebih kenyang. Burrpppp. Alhamdullilah.
MINUM AIR PUTIH BANYAK-BANYAK.
Antara cara senang nak turunkan berat badan. Bila kita rajin minum air, 1.5 L atau 8-10 telah sehari, tanpa diet dalam masa setahun, berat akan turun sebanyak 2.5 kg.
BANYAK BERGERAK.
Sebenarnya, kita digalakkan bersukan selama 60-90 minit atau 3-4 kali dalam seminggu. Walaupun kita hanya berjalan kaki, keliling rumah, ia akan membakar sebanyak 200-300 kalori.
AMBIL PROTEIN SELAIN DARI BUAH DAN SAYUR.
Pengambilan 15-20% protein dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh, selain ia juga diperlukan sebagai kuasa untuk sistem percernaan.
Jangan ingat senang nak kekalkan badan sentiasa langsing dan cantik. Lebih makan sikit dah berat naik. Semuanya perlu sederhana dan berpada-pada. Apa yang penting menu mestilah seimbang dan jangan lupakan minum air putih banyak-banyak.
Sumber MAJALAH WANITA.
Tq for info!
ReplyDeleteFollow my blog ya! TQ
Wlcme... done follow u... salam pkenalan
Delete