Advertisement

Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak!

ALAMAK... EX-BF/GF SATU OFFICE PULAK! Wahhhhhhhh (Ha kau. Banyak panjang punya wahhhh yang keluar tu.. hehe). Tajuknya kemain lagi ye. Ishhhhh, pehal pulaklah cikla cerita pasal ex-bf/gf ni. Ok ok. Korang rileks la. Cikla saja nak up topic ni sebab cikla saja nak share tips apa kita nak buat bila ex-bf/gf satu office pulak. Amboi, isu sensitif ek. Janganlah begitu. Pengetahuan am ni, hehe. Dah dah, jom kita tengok apakah tipsnya...

Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak!

  • Tetap profesional : Dengar ni. Korang jangan sesekali campuraduk hal kerja dengan personal. No no no. Memang sangat tak baik tau. Amalkan sikap profesional kita bila berhadapan dengan ex lebih-lebih lagi melibatkan soal kerja. Memanglah sakit hati dan sedih kan sebab clash, tapi jangan tunjukkan kita lemah depan dia. Be strong. Jangan rapuh sangat ok...
  • Jangan mengelak : Maksudnya disini kalau korang terserempak dengan dia, jangan mengelak. Buat u-turn, bila nampak dia. Buat macam biasa je, sebab kalau korang asyik mengelak dari dia walaupun kena berurusan pasal kerja, nampak sangat korang tu tak profesional dan nak tunjuklah tu korang terluka sangat sebab clash dengan dia. Padahal dia ok je, macam takde apa-apa pulak.
  • Jujur jawab pertanyaan orang : Kalau ada yang tanya pasal hubungan korang, jawab jujur ajelah yang korang dah clash. Tak perlulah nak berdolak-dalih and bersedih sangat depan rakan kerja yang lain sebab kadang-kadang mereka ni bukannya pandai simpan rahsia. Buatnya dia pi canang satu opis yang korang frust menoggeng sangat sebab clash dengan ex-bf/gf korang tu, kan dah jadi isu lain pulak. So, berpada-padalah dalam bercerita sebab kadang-kadang bukan semua benda kita boleh share dengan orang lain. Betul tak?

Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak,
Alamak... ex-Bf/Gf satu office pulak, 

Ermmmm, cikla faham akan sakitnya bila kita putus dengan orang yang kita sayang. Nak-nak hubungan yang kita jalinkan tu lama bertahun-tahun. Tapi, percayalah setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmah. Allah jualah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Sumber Ruangan Soal Hati (Majalah Wanita).

Post a Comment

4 Comments