'santai tapi sampai'

Hari ni cikla nak kongsi pengetahuan am pulak. Bukan apa, barulah kita boleh dipanggil orang yang berpengetahuan kalau kita tau serba-serbi...

Mercu tanda dunia.

Hari ni cikla nak kongsi pengetahuan am pulak. Bukan apa, barulah kita boleh dipanggil orang yang berpengetahuan kalau kita tau serba-serbi. Betul tak? 

Oklah, berikut merupakan mercu tanda dunia yang sangat menarik  dan mengagumkan yang ada di seluruh dunia untuk tahun 2015.

Angkor Wat, Kemboja.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Angkor Wat, Kemboja. 

Ia dibina oleh Raja Suryavarman II semasa pertengahan abad ke-12. 30 tahun selepas itu barulah ia siap sepenuhnya... Wah.. lamanya.

Machu Picchu.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia. - Machu Picchu. 


Ia berada di atas lembah Urubamba di Peru yang merupakan simbol Kerajaan Inka yang popular. Machu Picchu dibangunkan sekitar tahun 1450 dan ditinggalkan seratus tahun kemudian, semasa Sepanyol menakluki Kerajaan Inka.

Taj Mahal, India.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Taj Mahal, India.

Rasanya semua orang tau pasal Taj Mahal kan? Ia terletak di tebing Sg. Jumna yang mana ia dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai tanda cinta dan peringatan kepada isterinya yang ke-5, Mumtaz Mahal. Ia mula dibina pada tahun 1632, siap pada tahun 1648. Lama tu....

Masjid Besar Sheikh Zayed, Abu Dhabi, UAE.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Masjid Besar Sheikh Zayed, Abu Dhabi, UAE

Masjid ini telah di buka secara rasmi pada Ramadan 2007, dan ia juga dipanggil Masjid Agung oleh penduduk tempatan. Ia juga tersenarai antara masjid tercantik dan berada pada lima tangga teratas, 
antara masjid terbesar di dunia. 

Basilica of the Sagrada Familia, Barcelona, Sepanyol.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Basilica of the Sagrada Familia, Barcelona, Sepanyol.

Ia mula dibina pada tahun 1884 dan ia masih diteruskan pembinaannya sampai hari ini. Kini, ia menjadi salah satu tempat tarikan pelancong.

Pulau Alcatraz, Teluk San Francisco.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Pulau Alcatraz, Teluk San Francisco. 

Ia adalah pulau Alcatraz di Teluk San Francisco, dan sering kali dikenali sebagai The Rock sebab pernah menjadi rumah api, kubu tentera dan penjara. Sekarang, ia telah dibuka kepada orang ramai. 

Golden Gate Bridge, San Francisco.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Golden Gate Bridge, San Francisco.

Ia merupakan jambatan gantung terpanjang di dunia semasa siap dibina pada tahun 1937 dan menjadi kebanggaan rakyatnya ketika itu.

Eiffel Tower, Paris, Perancis.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Eiffel Tower, Paris, Perancis.

Ia dibina di atas Champ de Mars iaitu bersebelahan dengan Sungai Seine. Menara ini diberi nama  sempena nama perancangnya, Gustave Eiffel. Ia merupakan monumen yang paling kerap dikunjungi sejak dari ia dibuka pada tahun 1889.

Muzium Hagaya Sophia, Istanbul, Turki.

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Muzium Hagaya Sophia, Istanbul, Turki. 

Ia selalu dianggap bangunan teragung dan tercantik di dunia. Asalnya, bangunan ini dibina oleh penganjur Kristian Ortodoks tapi kemudiannya ia diubah menjadi masjid oleh kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1453. Start dari 1953, ia telah dijadikan muzium oleh kerajaan Turki hingga kini.

Chichen Itza, Yucatán, Mexico. 

Mercu tanda dunia.
Mercu tanda dunia - Chichen Itza, Yucatán, Mexico. 

Ia merupakan bandar yang dibina oleh tamadun Maya saman era pra-Colombia. Pada tahun 1988, ia diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat lain diserata dunia menjadi mercu tanda dunia.

Sumber dari Akhbar Kosmo / Dunia top 10. Image from Google & Wikipedia.com.

1 comment:

  1. semua senibina yang indah2 kan cik La..kak ana teringin sekali nak menatap taj mahal tu :)

    ReplyDelete