27 September 2015

Alamak... muka dah ada kedutlah!

Kedutan halus ni biasanya appear di bahagian mata, dahi dan sekitar mulut. Bukannya tak bersyukur dan banyak bunyik (bak kata orang sekarang), tapi tak salah kan kalau kita cuba untuk menghindarkan diri dari cik kedut ni. Hehe.

Jangan tak tau, sebenarnya ada banyak cara tradisional yang kita boleh gunapakai untuk kurangkan kedutan ni. 

Tak semestinya kena pergi pusat-pusat kecantikan, operate sana sini semata-mata nak hilangkan kedutan semua ni. Haaa, inilah yang cikla nak kongsikan. Cara alami yang boleh kita guna. 

Alamak... muka dah ada kedutlah!
Alamak... muka dah ada kedutlah! Kredit Google. 

Dengan menggunakan buih putih telur juga boleh membantu mengurangkan kedutan. 

Caranya adalah dengan mengasingkan bahagian kuning dan putih telur ayam. Ambil buih-buih pada putih telur  dan sapukan pada muka sebelum tidur. Biarkan semalaman, esok baru basuh dengan air sejuk. Buat daily.

InshaaAllah, kedutan akan kurang dan garis halus jugak. 

Kedua, ini penting sangat sebenarnya, iaitu tidur dan rehat yang cukup, sebab masa tidurlah badan dan minda kita pun rehat sama. So, ini the best time untuk ganti sel kulit baru. Bukan itu je, muka dan badan kita pun segar sama dan bertenaga.

Selain itu, lagi satu yang bagus adalah teh hijau. Minum teh hijau setiap hari dan uncangnya pulak tekapkan pada bahagian mata. Biarkan selama 15-20 minit. 

Kemudian, bilas bersih. Jangan tak tau, uncang teh hijau jugak dapat hilangkan lingkaran gelap di bawah mata. Cubalah.

Kalau korang suka makan sayuran dan buahan pun ok jugak sebab mereka Memang kaya dengan vitamin E. 

Vitamin E penting menjadikan kulit kita sihat dan ia merupakan rahsia awet muda sebab ia melambatkan penuaan dan kulit kita akan jadi cantik semulajadi.

Haaa, yang ni pun penting jugak. Minum air putih 2 Liter sehari nak-nak pulak ketika cuaca panas, sebab air akan menjadikan kulit kita sentiasa lembap dan sihat. Air juga dapat menyingkirkan toksin dalam badan.

Kalau korang rajin buat masker homemade, boleh try fruit masker, contohnya lenyek buah betik dan sapukan pada muka. Biarkan dalam 20 minit kemudian bilas bersih. 

Guna buah lain, contohnya buah strawberry pun boleh, sama je cara dengan buah betik tadi. Ia akan menjadikan kulit kita segar dan yang penting ia murah dan berkesan.

Akhir sekali, pakai pelembap untuk kekalkan kelembapan kulit. Maklumlah, dengan cuaca di Malaysia ini yang panas dan kulit yang sering  terdedah kepada econ, so kulit akan jadi kering.

Senang je kan, jom kita cuba sesama nak. Yang takde kedut lagi boleh cuba jugak, sebagai persediaan, haha.

Sumber majalahwanita.

5 comments:

  1. Wahh..nice sharing. Pasni nak try laa buat. Tapi lau orang takde kedut, boleh ke buat camni? Tak rosak muka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.... Lagipun bahan semulajadi je kot.... Hehe.. Slmt mencuba...

      Delete
  2. i like this post! Tapi itu la nak mempraktikkan nya tu malas nyaaaa lahai :pp

    ReplyDelete
  3. Dalam satu entri pelbagai tips yang cikla bago ..hehe .

    ReplyDelete