'santai tapi sampai'

Kali ni cikla nak share resepi cendawan masak lemak seputih salju. Amboi, nama resepi kemain lagi ye. Jangan risau, resepi yang cikla shar...

Cendawan masak lemak seputih salju.

Kali ni cikla nak share resepi cendawan masak lemak seputih salju. Amboi, nama resepi kemain lagi ye. Jangan risau, resepi yang cikla share ringkas dan semestinya sedap.

Cendawan masak lemak seputih salju.
Cendawan masak lemak seputih salju.

Sebelum tu, jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan:

Satu peket cendawan tiram putih/kelabu.
1/2 biji bawang holland (hiris halus).
1 ulas bawang putih (hiris halus).
1/2 inci halia (hiris halus).
1 biji cili merah. Kalau nak guna cili api pun boleh. (Dihiris).
Segenggam ikan bilis jepun. (Boleh guna udang jugak).
Santan.
Sedikit minyak, garam, gula dan perasa.

*Pssstt : bahan-bahan yang dihiris boleh jugak ditumbuk termasuk jugak ikan bilis dan cili. (Lagi sedap).

Caranya:

Siat cendawan jadi sederhana besar, cuci dan toskan. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan dihiris. Bila kekuningan masukkan ikan bilis. Bila bahan dah garing, masukkan santan, dan sedikit air. Biarkan menggelegak seketika. Selepas itu, masukkan cendawan, cili merah, garam, gula dan perasa. Biarkan seketika dan sampai kuah masak. Jangan masak cendawan terlalu lama sebab kalau layu, ia jadi lembik dan tak sedap. Dah masak, angkat dan bolehlah dihidang.

Ohhh, lupa pulak. Kalau tak nak letak cili merah, boleh ganti dengan lada hitam yang ditumbuk kasar. Kalau nak tambah sayur lain macam carrot atau baby corn pun boleh. Nanti dah jadi macam masak lodeh pulak. Cuma takde soon dengan fucuk je. Tapi, sedap jugak. Selamat mencuba.

1 comment: