Kebanyakan orang, meminum secawan kopi pada waktu pagi merupakan rutin yang susah nak ditinggalkan. Kafein ni dikatakan boleh bantu tingkatkan fokus, kurangkan rasa mengantuk dan bagi tenaga untuk memulakan hari.
Namun, bagi mereka yang ada masalah tiroid seperti hipertiroid atau hipotiroid, soalah yang selalu timbul adalah betul ke pengambilan kafein ni boleh memburukkan keadaan dorang.
Umumnya, setakat ni takde lagi bukti kukuh yang kata kafein ni boleh sebabkan penyakit hipertiroid jadi lagi lebih teruk atau ia boleh tingkatkan penghasilan hormon tiroid secara langsung.
Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan korang kafein adalah bahan perangsang yang boleh bagi kesan pada sistem saraf dan jantung. Disebabkan itu, ia boleh sebabkan beberapa simptom yang selalu relate dengan hipertiroid jadi lagi ketara.
Hipertiroid berlaku bila kelenjar tiroid hasilkan hormon yang terlalu banyak. Keadaan ini boleh buat seseorang itu alami jantung berdebar-debar, rasa gelisah, mudah berpeluh, tangan menggeletar dan sukar tidur.
Menariknya, kafein jugak boleh sebabkan effect yang hampir sama, terutamanya bila diambil dalam jumlah yang banyak.
So, mereka yang menghidap hipertiroid mungkin akan rasa simptom dorang jadi lebih lagi lepas dorang mengambil kopi, teh atau minuman berkafein yang berlebihan.
Keadaan ni kadangkala boleh sebabkan ramai orang fikir yang kafein sedang memburukkan penyakit hipertiroid dorang. Hakikatnya, yang berlaku adalah kafein menguatkan atau meniru simptom yang sedia ada.
Walaupun penyakit itu sendiri tak semestinya bertambah teruk, ketakselesaan yang dirasai boleh jadi lebih jelas dan mengganggu aktiviti harian.
Untuk mereka yang mempunyai hipotiroid pulak, situasinya lain sikit. Hipotiroid ni jadi bila badan hasilkan hormon tiroid yang terlalu sikit. Biasanya, dorang akan mengalami simptom seperti mudah letih, kurang bertenaga, rasa sejuk, kulit kering dan pergerakan yang lebih slow.
Disebabkan keletihan yang sering dialami, ada sesetengah orang akan cenderung ambil lebih banyak minuman berkafein untuk produce extra energy.
Walaupun kafein boleh membantu seseorang rasa lebih fresh untuk sementara waktu, pengambilan yang berlebihan boleh sebabkan kesan sampingan contohnya jantung berdebar, rasa cemas, tangan menggeletar dan gangguan tidur.
Simptom-simptom ini sebenarnya lebih menyerupai simptom hipertiroid walaupun orang itu tersebut mempunyai hipotiroid.
Keadaan ini boleh timbulkan kekeliruan sebab mereka mungkin menyangka simptom yang dialami berpunca daripada masalah tiroid sedangkan ia sebenarnya berkait dengan pengambilan kafein yang terlalu banyak.
Selain itu, mereka yang mengambil ubat tiroid jugak perlu memberi perhatian kepada masa pengambilan kafein. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa kopi yang diminum terlalu dekat dengan waktu pengambilan ubat hormon tiroid boleh kurangkan penyerapan ubat tersebut oleh badan.
So, kebanyakan pakar syorkan ubat tiroid mesti diambil dengan air kosong dan menunggu sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit sebelum mengambil kopi atau minuman berkafein.
Walau apapun, ni tak bermakna mereka yang mempunyai masalah tiroid kena avoid kafein sepenuhnya. Bagi kebanyakan orang, pengambilan kafein secara sederhana masih dianggap selamat lagi.
Apa yang penting ialah korang kena kenal tindak balas badan masing-masing. Kalau lepas korang minum kopi korang rasa jantung berdebar, rasa cemas atau sukar tidur, mungkin dah tiba masanya untuk korang kurangkan jumlah kafein yang korang ambil setiap hari.
Kesimpulannya, kafein tak menyebabkan hipertiroid menjadi lebih teruk dan tak mengubah hipotiroid menjadi hipertiroid. Namun, kafein boleh meniru atau menguatkan simptom yang berkaitan dengan kedua-dua keadaan tersebut.
Pengambilan secara sederhana serta pemantauan terhadap reaksi badan sendiri adalah langkah terbaik untuk menikmati minuman berkafein tanpa menjejaskan keselesaan dan kesihatan harian.
Moga bermanfaat.
Tags:
thyroid awareness

