'Santai Tapi Sampai'

25 August 2016

Relevankah berpantang cara orang lama?

Orang cakap masa berpantang selepas melahirkan merupakan masa paling penting untuk ibu. Mana taknya, selepas mengharungi detik detik mendebarkan dengan bermacam macam rasa *rasa sakit kontraksi, berdebar debar dengan sebarang kemungkinan, takut, gementar. 

Pendek kata, kalau nak badan sihat bertenaga dan segar kembali kenalah berpantang betul-betul. Tak kiralah dari segi pemakanan dan penjagaan diri.

Tapi, cikla rasa zaman sekarang ni trend orang berpantang dah lain kot. Tak 'serumit' dulu. 

Lebih lebih lagi kalau si ibu berpantang sendiri. Takde orang nak pantau. Baru seminggu dalam pantang, dah keluar rumah. Ligat ke sana  ke sini. Bila tengok sekali pandang, macam bukan dalam pantang je. Huhu. 

Entahlah, mungkin depend pada orang kot. Sebenarnya, kesan yang akan kita rasa nanti bukan sekarang tau. 

Esok-esok, bila umur tu dah masuk awal 40-an, even umur baru pertengahan 30-an pun mulalah badan sakit sana, sakit sini. Lenguh sana, lenguh sini. Itu yang kita tak nak tu kan. Baru buat kerja sikit, dah penat. Mulalah semput tu datang. 

Memang tak dinafikan, ada sesetengah ibu yang masih mengamalkan petua dan pantang larang orang lama, lebih-lebih lagi kalau si ibu dijaga oleh ibu semasa dalam tempoh berpantang. 

Kalau  dah orang lama yang jaga, kenalah ikutkan. Tapi rasanya, mak-mak sekarang pun lebih open kot. Tak strict sangat macam mak-mak dulu. 

Persoalannya, masih relevankah pantang larang orang lama ni. Sebelum tu, cikla nak kongsikan beberapa pantang larang yang orang lama selalu amalkan semasa berpantang. *sumber adalah dari mak cikla sendiri. Jom baca.

Relevankah amalan berpantang cara orang lama?
Relevankah berpantang cara orang lama? Sumber Google.

  1. Kalau nak makan nasi, makan sebelum waktu Maghrib. Makan nasi pulak kena alas dengan daun pisang, kalau anak belum tanggal pusatnya. Selain itu, makan nasi panas-panas. Jangan makan nasi sejuk. Lepas tu, tak boleh tambah-tambah. Kalau nak makan banyak, amik banyak sekali.
  2. Minum air pulak tak boleh banyak. Minum sikit-sikit je. Bukan apa, takut 'becak' nanti. Kalau haus, minum air rebusan rempah periuk, sebab ibu dalam pantang ni kalau boleh badannya kena sentiasa berpeluh dan hangat.
  3. Stoking jangan pernah tinggal, untuk elakkan masuk angin. Begitu jugak dengan bengkung. Untuk jaga peranakan kita dari 'bergoyang' kalau kita aktif bergerak. Bengkung pulak bukan pesen bengkung sekarang. Bengkung tu dibuat dari kain panjang *cikla ingat sampai 2 meter kot panjang kainnya. Lepas tu, lilit pada badan sampai nak jalan pun payah. Rasanya zaman sekarang dah takde kot orang berbengkung cara camtu. Paling mudah orang pakai bengkung yang macam korset tu je. Mudah katanya.
  4. Ibu memang dilarang keras keluar rumah. Nak ke beranda pun tak boleh. Alasannya, orang tua tua cakap takut terlangkah 'taik ayam' nanti bentan pulak. Betul atau tak. Waallahualam.
  5. Dari segi menu pulak, makan lauk yang kebanyakannyalah di bakar je. Lauk yang popular cikla rasa ikan bilis goreng dengan lada hitam dan halia. Lepas tu, cicah dengan air asam jawa campur lada hitam jugak. Jangan haraplah nak makan ayam-ayam ke apa. Tapi zaman sekarang memang lainlah apa yang doktor saran suruh makan. Orang cakap makanan seimbang. Cukup karbohidrat, protein dan nutrient lain. 
  6. Masa hari terakhir berpantang terutamanya, kena jaga betul-betul. Ibu jari kaki jangan sampai 'tersadung', sebab dikhuatiri akan bentan. Waallahualam.
  7. Pakai pilis di dahi untuk elakkan sakit kepala dan bedak param di seluruh badan untuk menjadikan badan sentiasa hangat dan elakkan badan dimasuki angin.  Nanti mulalah ibu, rasa seram sejuk. Demam urat kata orang.
  8. Kena makan jamu. Jamu pun bukan jamu kapsul macam sekarang ni. Jamu serbuk, style bancuh macam milo tu. Pekat pekat lagi. Tapi, sekarang nak makan jamu pun tak boleh nak awal-awal sangat, lebih-lebih lagi kalau anak kena jaundis. Lagilah doktor larang. Ada effect pada baby nanti.
  9. Ibu kena pakai baju panjang dan tebal sikit, sebab nak bagi si ibu sentiasa berpeluh dan hangat. Kalau ikat rambut pulak, kena ikat ketat-ketat untuk elakkan sakit kepala. Itu sebab si ibu digalakkan bela rambut panjang supaya senang nak sanggul rambut tinggi tinggi.
  10. Kalau makan jamu, sambil nak minum tu kena ampu payudara dan pijak ibu jari kaki. Alasannya, nanti takut jamu tu bagi kesan kat baby sebab baby kan menyusu badan. Jangan tanya banyak-banyak ye, sebab cikla pun tak tau apa relevannya. Huhu.

Mungkin banyak lagi pantang larang yang selalu diamalkan oleh mereka, orang lama ni. Korang rasa macam mana? 

Tapi, bila fikir-fikir memang ada baiknya amalan yang mereka buat ni. Buktinya, macam mak cikla, walaupun dah berumur 50-an, tapi masih cergas buat kerja. Ke tanah, ke rumah. Ligat, semua boleh dibuat. 

Lepas tu, nampak macam awet muda. Cikla ingat lagi dulu, ada sekali cikla keluar dengan dia, orang ingat kami adik beradik. Adussss. Ni kes mak cikla nampak muda ke, cikla yang nampak tak berapa nak muda. Hahaha. 

Bagi cikla, kalau berpantang tu biarlah sungguh-sungguh. Bukan lama pun, 44 hari je. Ada orang 60 hari. Tak kira berapa hari pun, berpantanglah betul-betul. 

Bukan apa, nanti kesannya kita jugak yang rasa. Cergas atau tak di kemudian hari, kita yang tanggung. Orang cakap sihat dalaman dan luaran. Sebab, dua-dua penting.

Lagi pun, nanti lepas pantang takdelah muka kita nampak pucat je, badan pun takdelah lesu je. Nak-nak pulak lepas ni kita kena sentiasa kuat fizikal mental nak jaga anak-anak pulak. Kalau dah lemah lesu, macam mana tu?

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada kita terutama ibu yang sedang berpantang. Sayangi diri kita tau. Kalau tak sapa lagi. Jom kuatkan tekad mengharungi saat berpantang dengan happy dan jayanya. 

Lagipun, bagi cikla masa berpantang ni jugak merupakan moment dan pengalaman yang mungkin kita tak boleh lupa kan. 

Esok-esok bila anak dah besar-besar, rindu pulak dengan moment macam ni. Rindu dengan bau baby. Betul tak? Tak percaya? Tengoklah nanti. Hihi.

12 comments:

  1. Replies
    1. Tq nieyl sudi singgah teratak cikla..
      Hehe...

      Delete
  2. kenapa kene alas dengan daun pisang eh?

    yang efek kesihatan pada umur 30 tahun tu betol. sebab kalau ikut kajian memang umur 30 thn tu hormon akak mula menurun, kalsium menurun dan bermacam2 lagilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan kena alas daun pisang tu.. Waallahualam... Mungkin ada sebab kot...

      Mungkin jugak faktor hormon, bila usia meningkat hormon pun turut berubah...

      Delete
  3. sllu org yg jga pntang nie kuat2 sume

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Dugaan berpantang pun kuat jugak... Jgn 'pantang' tengok pulak... Hihi

      Delete
  4. hihi. mek takot dengan sesi pantang mantang niii. allhurabbii. nak ank cepat bsar. nk cpt2 3 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berpantang demi kebaikan masa depan... Betul tak?

      Delete
  5. Bab pantang masa abang2 dulu aduhh seksa sebab kena ulang alik klinik sbb prolong jaundice.. mcm tak pantang jer.. yg kali ni tak tau la cmner harap2 takder prolong jaundice..

    Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #360

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Cikla pun berpantang kali ni si kenit ni ada jaundice jugak. Ulang alik jugaklah ke klinik beberapa kali utk amik darah. Tp skng dh OK dh.. Syukurlah...

      Delete
  6. memang banyak pantang larang orang lepas bersalin ni sebab nak jaga rahim dengan baik. benda nak pakai lama kan.

    set berpantang moden
    http://ohmyvitamin.blogspot.my/2016/08/set-berpantang-shaklee-memang-terbaik.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju,,, Lagipun kesannya nnti bkn skng. Esok esok umur baru masuk 40 pun dah sakit sana lenguh sini... Kan..

      Delete