Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca!

By Cikla Shahril - October 30, 2020

IBU-IBU LEPAS BERSALIN KENA TAU PETUA NI. JOM BACA. Kalau ikutkan, pantang orang tua banyak je bila cerita pasal lepas bersalin ni. Namun, rasa-rasa semua orang ikut betul betul ke pantang ni semua? Bagi cikla, ikut masing-masinglah. Badan sendiri, sendiri yang bela kan. Adil gitu. Hihi. So, pada yang rajin ikut dan buat petua dalam pantang ni, meh baca apa yang cikla nak share

Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca!
Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca! Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Petua lepas bersalin yang boleh ibu cuba!

Segarkan badan.
Masa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, lepas tu rebus dengan  sedikit halba, bunga cengkih dan garam. The, mandi dengan menggunakan air rebusan tu setiap pagi sampai hari ke-40 lepas bersalin. Wow, lama kan?

Naikkan seri wajah.
Bersihkan beberapa ranting daun inai, lepas tu  rebus dengan menggunakan api sederhana sampai mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

Kecutkan rahim.
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus sekali dengan akarnya. Lepas tu, masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Then, minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

Rawatan dalaman.
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai sampai lumat. Lepas tu, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Amalkan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka korang akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri. Wow!

Tambah susu badan. 
Untuk mengatasi masalah kurang susu badan, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya, lepas tu direbus. Then, makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

Sembuhkan luka bersalin. 
Luka akibat bersalin, tak kiralah korang bersalin secara normal atau pembedahan (ceaser) boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Dapat yabg fresh lagi bagus. Atau, korang boleh amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli. 

Selamat berpantang kepada sahabat cikla yang sedang berpantang ya!. Selamat berpetua jugak. 

Kredit : Page Tips Kekal Menawan.

  • Share:

You Might Also Like

1 Orang yang komen.