Simptom mungkin kita dijangkiti covid19? Please alert this!

Cikla agak isu yang paling hot sekarang ni adalah isu penularan wabak pandemik Covid19. Setiap hari di tv, akhbar dikisahkan pasal virus yang boleh meragut nyawa ini. 

Apa yang paling membimbangkan, setiap hari kes positif nampaknya turun dan naik. Semalam je, lebih kurang 800 kes. Takut kan dengar. 

Semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari wabak berbahaya ini. 

Simptom mungkin kita dijangkiti covid19? Please alert this!
Simptom mungkin kita dijangkiti covid19? Please alert this! Gambar diubahsuai dari carian Google.

Hurmmm, macam mana ye korang nak tau yang kita mungkin dijangkiti covid19? So, alert kalau korang mengalami sekurang-kurangnya 2 simptom ini.  

1. Demam (fever). 
2. Badan seram sejuk (Chills).
3. Kekejangan otot (Rigors).
4. Mialgia (Myalgia).
5. Sakit kepala.
6. Sakit tekak (sore throat).
7.  Mual atau muntah (Nausea or vomiting).
8. Cirit birit (Diarrhea).
9. Kelesuan (Fatigue).
10. Hidung tersumbat sehingga sukar bernafas atau hidung berair (Acute Onset Nasal  Congestion or running nose).

ATAU  salah satu simptom ini. 

1. Batuk (Cough).
2. Kesesakan nafas (shortness of breath).
3. Kesukaran bernafas (Difficulty in breathing).
4. Hilang deria bau (lost of smell).
5. Hilang deria rasa (lost of taste).

ATAU penyakit respiratori yang teruk dan mengalami salah satu simptom ini:

1. Radang paru-paru/Pneumonia.
2. Sindrom Kesukaran Pernafasan (ARDS).

So, andai kata korang mengalami simptom di atas, segera dapatkan pemeriksaan dan rawatan di hospital ya! 

Sadly, kebanyakan kes kematian di negara kita kerana lambat mendapatkan rawatan.

Sumber KKM.

4 comments:

  1. Mudah2an kita dihindari daripada gejala wabak ini

    ReplyDelete
  2. semua orang kena alert sekarang ni... hari-hari takut nak tengok jumlah kes baru

    ReplyDelete
  3. Terasa panic attack dan anxiety dah boleh menyerang lagi dah.. hmm... take care sis... salam kenal

    ReplyDelete
  4. tu la.. selalu sangat berhati-hati ni... nak-nak dah semakin meningkat angka yang kena covid sekarang ini...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews