Resepi sambal udang paling senang.

By Cikla Shahril - October 25, 2020

RESEPI SAMBAL UDANG PALING SENANG. Uishh, lamanya cikla tak share resepi kan. Ehh, takdelah nak kata cikla pandai masak sangat, tapi cikla harap sharing cikla ni dapat membantu sesiapa yang baru nak belajar belajar masak kan. Kata orang, amatur gitu. Belajar yang simple simple basic basic dulu barulah yang susah susah. Hihi. 

Oklah, kali ni cikla nak share macam mana nak masak sambal udang cara cikla paling senang sekali. Kebetulan, encik suami bawak balik udang bagap haha, bagap tu besorlahh. So, tak tau nak masak apa, kita buat sambal udang ajelah. Sonang!

Resepi sambal udang paling senang. 

Bahan bahan : 
Udang saiz sederhana besar. 
1 biji bawang merah dihiris.
3 ulas bawang putih dihiris. 
1/2 inci halia dihiris.
5 sudu besar cili giling. 
2 batang serai diketuk.
1 labu bawang besar/Holland potong bulat.
Belimbing buluh atau tomato. (kalau ada)
Sos cili, sos tomato, kicap manis, garam, gula dan minyak untuk menumis. 

Cara nak masak:
Udang dibuang kulit. Tinggalkan kepala dengan ekor je. Tapi, cikla buang ekor dia. So, ikut suka korang eh. Cuci udang bersih bersih, ketepikan. 

Panaskan minyak secukupnya, kemudian tumis bahan hiris dan serai sampai kekuningan dan naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan sedikit air. Tumis sampai garing dan cili masak. Lepas tu, masukkan kicap manis, sos cili, sos tomato, gula dan garam. Kacau rata dan biar sekejap. 

Then, masukkan udang bersama bawang yang dipotong bulat dan belimbing atau tomato. Tambah sedikit air. Kacau dan biar sekejap sampai udang masak. Sesudah itu, tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Selamat mencuba ya.

  • Share:

You Might Also Like

3 Orang yang komen.

  1. Terus rasa nak makan sambal udang..makan dengan lempeng.Sedapnya.

    ReplyDelete
  2. bukan peminat udang tapi kalau tunjuk kat mak mesti dia terliur

    ReplyDelete
  3. Hari ni pun menu udang bagap masak sambal.

    ReplyDelete