Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni!

By Cikla Shahril - October 30, 2020

NAK TAU TIP UNTUK SUAMI ISTERI SUPAYA REZEKI MASUK TANPA HENTI? RUGI TAK BACA NI! Dalam rumahtangga, kita mesti mengharapkan rezeki yang diperolehi itu berkat dan tentunya tak putus-putus. Tak mustahil tau tu semua, asalkan kita berusaha dan jangan lupa berdoa. Usaha jek, tanpa doa pun tak guna jugak kan.  

Namun, ada beberapa hal yang suami dan isteri kena ambil tau dan kalau tak pernah buat pun sebelum ni. So, apa kata kita ubah sikit sikit, inshaAllah lama la jadi malan kita. 

Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni!
Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni! Gambar diubahsuai dari carian Google. 


Tip untuk SUAMI supaya rezeki masuk tanpa henti. 

1. Suami, cubalah Blbangun lebih awal dari isteri. Kesian isteri. Dia mungkin tidur lewat untuk uruskan keluarga kita sendiri.

2. Suami, kalau kejutkan isteri tu, kejutlah dengan penuh kasih sayang. Contohnya, untuk solat tahajud bersama. Bukan kejut untuk 'bersama' jer. Ehemm. Percikkan air di wajahnya yang jelita kalau isteri terasa berat nak bangun.

3. Kalau boleh, si suami solat Taubat setiap hari. Bukan pe, khuatir dan risau, kot kot ada perbuatan korang yang tak "lawa" tu menjadi contoh yang "baik" buat isteri dan anak-anak selama ini.

4. Lagi satu, solatlah berjemaah Subuh di surau, sebab ia adalah "rahsia" menjemput keberkatan datang bertamu di rumah sendiri.

5. Lagi satu, solat berjemaah jugak dengan isteri dan anak-anak setiap kali berpeluang. Suami kenalah jadi imam yang baik di dunia supaya korang mampu menjadi imam yang baik ke Syurga. InshaAllah.

6. Encik suami, kalau pergi kerja tu pergilah dengan senyuman, hatta kalau balik kerja pun, baliklah dengan senyuman dan kasih sayang. Itulah antara rezeki yang paling mahal tau, iaitu keharmonian rumahtangga. Mereka yang berbisnes pun sama.

7. Solat Hajat setiap kali lepas solat Maghrib. Mudah untuk istiqamah bila buat waktu ini. Doakan agar keluarga kita kaya, berjaya dan bahagia sampai ke Syurga!

Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni!
Nak tau tip untuk suami isteri supaya rezeki masuk tanpa henti? Rugi tak baca ni! Gambar kredit Google. 

Tip untuk ISTERI supaya rezeki masuk tanpa henti. 

1. Isteri, pandang wajah suami korang tu dengan senyuman. Contohnya, masa suami balik kerja, makan, lepas mandi, lepas solat, lepas bangun tidur. Pendek kata, semualah. Bukan apa, kunci rezeki suami pada ibunya, kunci rezeki isteri pada suami yang baik. InshaAllah. 

2. Bila nak berbelanja pulak, minta izin atau pandangan suami dulu baru beli. Ye, betul. Memanglah itu duit kita, tapi redha Allah itu ada pada suami yang baik.

3. Bila suami bagi pandangan, diam dulu baru bagi respon. Sebaiknya, elakkan bercakap tanpa berfikir panjang. Lumrahnya, isteri ni kan adalah makhluk emosi. Korang bercakap dengan suami bukan untuk menang, tapi untuk memahami dan difahami. Gitu. 

4. Maafkanlah suami bila dia melakukan kesilapan. Sebaiknya, janganlah panjang-panjangkan konflik. Lagi cepat kita berdamai dengan diri sendiri, lagi cepat rezeki masuk dalam famili.

5. Bila suami buat baik selepas berlakunya konflik, jangan ungkit-ungkit lagi kesilapannya. Itu cara suami minta maaf. Isteri pun kadang kadang gitu gak. Cubalah berlapang dada dengan segera sebab ia akan membahagiakan suami dan diri kita sendiri. InshaAllah.

6. Doakan suami dan keluarga
sungguh-sungguh terutama lepas solat. Seuruk-buruk macamana pun suami kita, tentu ada kebaikan yang dia beri dalam hidup kita dan keluarga.

7. Last, ada orang kata kalau isteri nak disayangi, suami pulak ingin dihormati. So, bila suami dan isteri saling memahami dan mengasihi, baru melimpah ruah rezeki. 

Moga keluarga kita sentiasa limpahi rezeki dan rahmat dari Yang Maha Esa. Aamin. 

Kredit : Facebook page Nota Pusaka dan Kewangan Islam. SINI 

  • Share:

You Might Also Like

1 Orang yang komen.