Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca!

Kalau ikutkan, pantang orang tua banyak je bila cerita pasal lepas bersalin ni. Namun, rasa-rasa semua orang ikut betul betul ke pantang ni semua? 

Bagi cikla, ikut masing-masinglah. Badan sendiri, sendiri yang bela kan. Adil gitu. Hihi. So, pada yang rajin ikut dan buat petua dalam pantang ni, meh baca apa yang cikla nak share

Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca!
Ibu-ibu lepas bersalin kena tau petua ni. Jom baca! Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Segarkan badan.

Masa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, lepas tu rebus dengan  sedikit halba, bunga cengkih dan garam. The, mandi dengan menggunakan air rebusan tu setiap pagi sampai hari ke-40 lepas bersalin. Wow, lama kan?

Naikkan seri wajah.

Bersihkan beberapa ranting daun inai, lepas tu  rebus dengan menggunakan api sederhana sampai mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.

Kecutkan rahim.

Ambil segenggam daun pegaga dan rebus sekali dengan akarnya. Lepas tu, masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Then, minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.

Rawatan dalaman.

Tumbuk kunyit hidup dan daun inai sampai lumat. Lepas tu, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Amalkan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka korang akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri. Wow!

Tambah susu badan.

Untuk mengatasi masalah kurang susu badan, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya, lepas tu direbus. Then, makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.

Sembuhkan luka bersalin.

Luka akibat bersalin, tak kiralah korang bersalin secara normal atau pembedahan (ceaser) boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Dapat yabg fresh lagi bagus. Atau, korang boleh amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli. 

Selamat berpantang kepada sahabat cikla yang sedang berpantang ya! Selamat berpetua jugak. 

Kredit : Page Tips Kekal Menawan.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews