Jelly teh bunga inspirasi Khairul Aming yang segar dan menyegarkan.

Siapa je yang tak kenal Khairul Aming, influencer femes Malaysia yang penuh dengan idea-idea masak yang kreatif dan sedap! Kali ini, jom kita try resepi Jelly Teh Bunga yang diinspirasikan dari resipi beliau. Memang unik dan sesuai sangat untuk dinikmati ketika panas-panas. Rasa teh bunga yang wangi, ditambah dengan manisnya gula melaka dan keunikan buah laici, memang buat kita tak boleh berhenti makan! Hihi. Okeylah, jom kita tengok bahan dia. 

Jelly teh bunga inspirasi Khairul Aming yang segar dan menyegarkan.
Jelly teh bunga inspirasi Khairul Aming yang segar dan menyegarkan.

Bahan-bahan:

1 pek serbuk jelly (sebarang jenama pilihan).
1 tin laici (untuk rasa dan hiasan).
2 kotak teh bunga kurang gula (1L setiap kotak).
Sedikit asam ko (untuk hiasan).
Daun pudina (untuk aroma).
Limau kasturi (perah untuk kesegaran).
Gula melaka (ikut citarasa, hancurkan untuk mudah larut).

Cara buat:

1. Panaskan teh bunga dalam periuk.
2. Bila air dah panas, masukkan gula melaka yang telah dihancurkan. Kacau hingga larut sempurna.
3. Seterusnya, masukkan serbuk jelly dan kacau hingga semuanya sebati.
4. Masukkan daun pudina ke dalam campuran tersebut untuk menaikkan bau wangi. Biarkan seketika.
5. Tunggu hingga campuran mendidih, tutup api dan keluarkan daun pudina.
6. Tuangkan adunan jelly ke dalam bekas pilihan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 jam hingga keras.
7. Untuk hidangan, masukkan jelly dalam gelas bersama ais kiub. Perah limau kasturi di atasnya dan hiaskan dengan asam ko, buah laici, serta beberapa helai daun pudina.
7. Siap untuk dihidangkan!

Jelly teh bunga ini memang lain daripada yang lain. Rasa teh bunga yang lembut digabungkan dengan jelly yang gebu dan rasa buah-buahan yang segar memang buatkan sesiapa yang cuba teruja! Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar kepada Marissa Brand.

3 comments:

  1. nampak jugak resipi KA ni lalu lalang tapi tu la nak beli bahan & buat tu malas. tapi teringin nak mencuba.

    ReplyDelete
  2. Wow..Sedap nih..Bleh try.

    ReplyDelete
  3. Baca dari bahan2nya, memang nampak segar dan enak. Saya pernah makan jelly teh, tp dr teh oolong, bukan teh bunga. Coba di salah satu kedai teh artisan di Melaka. Sedaaap sangat. Rasanya bagai minum teh tp kali ini dalam bentuk jelly

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews