5 November 2024

Pilih minyak wangi ikut personaliti korang!

Minyak wangi bukan sekadar penyeri rutin harian, ia lebih daripada itu! Bayangkan setiap semburan minyak wangi sebagai cerminan siapa diri korang, mood hari tu atau gaya korang yang unik. Tapi tahu tak, memilih minyak wangi yang tepat sebenarnya ada seninya?

Pilih minyak wangi ikut personaliti korang!

Pertama sekali, mari kita fahami jenis-jenis minyak wangi. Setiap jenis berbeza dari segi kepekatan dan ketahanan. Paling pekat dan kuat ialah parfum dengan 20-30% pati, sesuai untuk acara istimewa atau malam. Diikuti dengan Eau de Parfum (EDP), yang masih tahan lama tapi lebih ringan. Kalau korang perlukan yang sesuai sepanjang hari, Eau de Toilette (EDT) adalah pilihan ideal. Paling ringan ialah Eau de Cologne – rasa segar dan sesuai untuk cuaca panas atau selepas mandi.

Dalam setiap semburan minyak wangi pula, ada ‘nota’ yang berlapis-lapis. Nota atas ialah bau pertama yang korang hidu, biasanya segar seperti citrus atau herba. Selepas beberapa minit, datang pula nota tengah yang lebih lembut – bauan bunga atau rempah. Akhir sekali, nota asas adalah bau yang kekal paling lama, biasanya musk atau aroma kayu yang hangat.

Minyak wangi juga boleh dipilih ikut personaliti. Si aktif mungkin suka bau citrus atau mint yang bertenaga. Si romantik pula biasanya terpikat dengan aroma floral macam rose dan jasmine. Kalau korang seorang yang penuh karisma, bau oriental atau woody seperti amber dan sandalwood mungkin lebih kena dengan korang. Si santai? Aroma fruity atau vanilla yang manis dan relaks pasti jadi kegemaran.

Namun, sebelum korang beli, pastikan uji dulu pada kulit sendiri sebab bau minyak wangi boleh berubah ikut kulit seseorang. Cuba sembur sikit kat pergelangan tangan, tunggu beberapa jam dan perhatikan bagaimana bau itu 'berkembang.'

Lepas beli, ingat untuk simpan dengan cara yang betul. Tempat sejuk dan gelap seperti dalam almari adalah terbaik. Elakkan tempat yang terdedah kepada cahaya matahari sebab ia boleh rosakkan bau minyak wangi.

Bila sembur pun, ingat “less is more”! Cukup dua hingga tiga semburan di kawasan ‘hot spots’ macam leher, pergelangan tangan dan belakang telinga. Pakai ikut mood dan situasi. Mnyak wangi juga ada ‘fesyen’! Untuk majlis formal, bau yang sophisticated seperti amber atau musk memang ngam, manakala untuk lepak santai, pilih bau yang ringan dan segar.

Akhir sekali, jangan terikut dengan pilihan orang lain. Minyak wangi adalah sesuatu yang sangat peribadi, jadi carilah yang betul-betul serasi dengan diri korang.

Ingat, minyak wangi bukan sekadar bau yang wangi, ia adalah cara korang ekspresikan diri dengan penuh gaya. Moga bermanfaat. 

2 comments:

  1. Saya nih koleksi parfume sebenarnya. Aneka parfume saya coba. Memang suka saja dengan wewangian. Tp walaupun koleksi banyak macam, favorit saya tetap ada. Dan biasa saya pakai di kesempatan tertentu.

    Ada yg lebih tinggi dr parfume kak, extrait de parfume.

    Kandungan Pati lebih tinggi, lebih rendah alkohol juga. Dan ketahanannya juga lebih lama lagi. Tapi tergantung kualitas juga. Dari beberapa extrait de parfume yg saya punya, ketahanannya beda2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak suka beli satu, lepas tu guna sampai habis. Dah habis baru beli lain. Haha

      Delete