Hypertiroid adalah penyakit berulang!

Kalau bercakap pasal hypertiroid, satu benda yang ramai kena faham, penyakit ni boleh berulang. Bukan sebab kita tak pandai jaga diri, tapi memang itulah sifat dia. Jadi, kalau doktor bagi tahu “berhenti ubat tak semestinya dah sembuh sepenuhnya,” janganlah rasa macam kena petir. Itu bukan ayat nak patahkan semangat, tapi lebih kepada nak bagi kita bersedia mental dan emosi kalau-kalau dia datang balik.

Ada orang boleh tahan lama tanpa ubat, alhamdulillah. Ada pula yang baru beberapa bulan, terus kena balik. Tak ada formula tetap sebab setiap tubuh manusia ni unik. Nama penyakit sama, ubat sama, keputusan darah pun sama, tapi cara badan kita respon, lain-lain. 

Tapi ada satu lagi isu yang ramai tak sedar, golongan “team supplimen”. Bukan nak halang kalau nak try apa-apa pun, sebab itu duit korang, badan korang. Tapi kadang-kadang, ada yang pandang sinis kat rakan-rakan yang masih bergantung pada ubat doktor. Macam kita ni sesat sangat sebab ikut nasihat profesional. Relax lah kawan. Kita tak taksub pun, cuma kita percaya pada perjalanan kita sendiri.

Hypertiroid adalah penyakit berulang!
Hypertiroid adalah penyakit berulang! Kredit image to Google.

Yang paling tak best, bila ada yang culas makan ubat, tapi claim diri dah “sembuh”. Lepas tu, buat rakan-rakan yang masih makan ubat macam alien. Eh, chill lah. Kalau tak suka ikut rawatan biasa, tak apa, tapi janganlah buat orang lain rasa rendah diri pula.

Apa-apa pun, ingat, kita semua tengah berjuang cara masing-masing. Tak kisahlah dengan ubat, supplimen atau rawatan apa sekalipun, yang penting, jangan sampai hilang hormat pada rakan seperjuangan. Hidup ni kan, lebih seronok bila kita saling sokong menyokong.

Jaga diri, jaga hati, dan jaga hubungan dengan orang lain. Sebab hypertiroid ni, walaupun dia degil, kita tetap boleh hadapi dengan jiwa yang besar.

Kredit Kak Pah (admin grup tiroid Facebook dan Anda Ori). 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews