'Santai Tapi Sampai'

17 November 2024

Air laici bunga telang: Minuman sejuk yang menyegarkan!

Time cuaca panas memang best kalau dapat minum air yang sejuk dan fresh, kan? Apa kata korang try resepi Air Laici Bunga Telang yang bukan sahaja cantik warnanya, tapi juga sedap dan mudah disediakan. Kombinasi bunga telang dengan air laici memang ngam untuk hilangkan dahaga. Jom tengok bahan-bahan dia.

Air laici bunga telang: Minuman sejuk yang menyegarkan!
Air laici bunga telang: Minuman sejuk yang menyegarkan!

Bahan-bahan:

10-15 kuntum bunga telang (buang tangkai, rendam dalam air panas).
1 tin air laici.
Gula secukup rasa.
Air batu secukupnya.

Cara-cara:

1. Bila bunga telang dah direndam, tapis airnya untuk mendapatkan warna biru yang pekat.

2. Tuangkan air bunga telang tadi ke dalam air laici. Warna biru akan bertukar menjadi keunguan sebab air laici ada rasa masam semula jadi.

3. Kalau nak warna lebih menyerlah, boleh perahkan sedikit lemon atau limau nipis. Jangan banyak sangat, nanti terlalu masam pulak.

4. Kacau hingga sebati dan tambahkan gula kalau perlu. Last, tambahkan ais untuk rasa sejuk yang padu!

Kalau nak lebih extra, korang boleh add on hirisan buah laici atau daun pudina sebagai hiasan.  Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar kepada Norlia Abdul Raman.

4 comments:

  1. Rare air laici campur bunga telang, boleh cuba.. Betul refreshing dapat minum air laici sejuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Terasa sejuk lalu kat tekak. Tiberr hihi

      Delete
  2. Baru baca resepi dah rasa segar sangat. Belum buat lagi. Menu berbuka puasa nanti hihihi

    ReplyDelete
  3. Mudah dan cepat 😍👍. Memang JD referensi untuk buat minuman buka puasa saat ramadhan nanti kak ❤️

    ReplyDelete