Lemon memang terkenal sebagai buah yang kaya dengan vitamin C, tapi tahu tak, kulitnya juga ada banyak manfaat tersembunyi yang sering kita terlepas pandang? Daripada buang begitu saja, lebih baik kita manfaatkan kulit lemon untuk kesihatan, kebersihan dan kebaikan alam sekitar!
Pertama sekali, kulit lemon ni kaya dengan nutrisi penting. Ia ada vitamin C, yang bagus untuk imuniti, serat untuk pencernaan, kalsium yang penting untuk tulang dan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam badan.
Kulit lemon juga ada flavonoid, sejenis sebatian yang membantu melindungi tubuh dari jangkitan. Bayangkan, dengan hanya menambah sikit kulit lemon dalam makanan atau minuman, imuniti kita boleh meningkat!
Bukan setakat itu saja, serat dalam kulit lemon pun bagus untuk pencernaan. Kalau korang selalu ada masalah perut, mungkin boleh cuba selitkan kulit lemon dalam diet harian. Campurkan je dalam makanan atau minuman dah cukup untuk rasa manfaatnya.
Kulit lemon juga boleh dijadikan pembersih semula jadi. Nak hilangkan kotoran degil kat dapur? Gosok saja kulit lemon kat permukaan dapur atau sinki. Ia bukan saja bersihkan, tapi juga hilangkan bau tak sedap dan kesan lemak degil. Memang jimat dan mesra alam!
Selain tu, kulit lemon ni ada aroma segar yang sesuai untuk menyegarkan suasana rumah. Rebus kulit lemon dalam air dan biarkan wapnya merebak di dapur atau keringkan kulitnya untuk dijadikan pengharum bilik. Rumah terus rasa segar tanpa perlu pakai bahan kimia.
Yang menariknya, beberapa kajian menunjukkan kandungan dalam kulit lemon boleh mengurangkan risiko penyakit tertentu, termasuk kanser. Flavonoid dalam kulit lemon dikatakan mempunyai sifat anti-kanser yang membantu melawan sel-sel berbahaya dalam badan. Memang hebat, kan?
Jadi, macam mana nak guna kulit lemon ni? Senang saja! Potong dan tambah dalam teh atau air untuk rasa unik atau parut kulit lemon dalam masakan seperti salad atau pencuci mulut. Lebihh menarik, keringkan dan kisar kulit lemon untuk dijadikan serbuk perasa.
Sekarang, tiap kali korang makan lemon, ingatlah kulitnya ada banyak manfaat. Bukan saja boleh tingkatkan kesihatan kita, tapi juga bantu kurangkan sisa buangan. Selamat mencuba dan selamat berjimat dengan cara semulajadi ini!
0 comments: