4 November 2024

Minum kopi semasa mengandung: Boleh ke tak?

Bagi pencinta kopi, tak sah kalau pagi tak dimulakan dengan aroma segar secawan kopi panas. Tapi, bila hamil, soalan yang biasa muncul ialah, "Selamat ke minum kopi ni?" Jawapannya, boleh je, tapi kena ada hadnya. Mari kita lihat kenapa kopi masa mengandung ada syaratnya.

Minum kopi semasa mengandung: Boleh ke tak?

Bila minum kopi, kita sebenarnya menyerap kafein, sejenis perangsang yang boleh naikkan tekanan darah dan degupan jantung. Takde masalah pun bagi orang biasa, tapi ibu hamil ni lain sikit. Kafein yang diambil tu boleh melintasi plasenta dan sampai ke bayi. Masalahnya, bayi tak boleh proses kafein ni laju macam kita. Jadi, kalau diambil berlebihan, ia mungkin mengganggu perkembangan si kecil, terutama kalau kita minum lebih dari yang disyorkan.

So, berapa banyak yang boleh? Pakar cadangkan ibu hamil tak ambil lebih dari 200mg kafein sehari, lebih kurang satu cawan kopi biasa. Mungkin nampak macam tak banyak, tapi ia cukup untuk jaga kesihatan ibu dan bayi. Kalau berlebihan, risiko seperti keguguran, kelahiran pramatang dan berat bayi rendah masa lahir boleh meningkat.

Tak semua kopi sama. Kopi segera biasanya ada sekitar 60-100mg kafein per cawan, kopi mesin antara 100-150mg, dan espresso kira-kira 63mg untuk satu shot. Teh hitam, coklat dan minuman tenaga pun ada kafein, jadi jangan lupa kira yang ni sekali, ya.

Kalau rasa tak boleh hidup tanpa kopi, ada beberapa cara untuk kita teruskan rutin tanpa risiko. Tukar kepada kopi tanpa kafein (decaf) sebagai alternatif, cuba kopi jenis ringan atau kurangkan saiz cawan. Kadang-kadang keinginan minum kopi tu sebenarnya sebab dahaga, jadi cuba minum lebih banyak air kosong dulu.

Kalau tiba-tiba rasa jantung berdebar atau pening lepas minum kopi, mungkin dah tiba masanya untuk kurangkan atau berhenti sekejap. Setiap badan berbeza, jadi dengarlah apa yang badan kita cuba sampaikan. Kalau ragu-ragu, berjumpalah doktor atau pakar pemakanan.

Kesimpulannya, boleh je nak minum kopi masa mengandung, cuma kena jaga had 200mg sehari. Pertimbangkan juga untuk tukar ke kopi tanpa kafein atau minuman lain yang lebih selamat. Kehamilan adalah perjalanan yang unik untuk setiap ibu, jadi pilihlah yang terbaik untuk diri dan si kecil dalam kandungan. Selamat menikmati detik-detik indah ini!

2 comments:

  1. Kalau linda mengandung.. Memang kena kurangkan sangat2... Sebab HB asyik lah liw saja... Hihihi

    ReplyDelete
  2. Dokter obgyn saya pun bilang tak masalah, asal di Jaga. Tp sejujurnya saya tak minum kopi saat hamil. Lebih Krn alasan kesehatan saja. Jadi saya ganti dengan minuman lain :)

    ReplyDelete