Mesin basuh pun perlukan 'spa'!

Pernah tak, lepas korang basuh baju guna mesin automatik, baju tetap bau hapak atau kepam walaupun korang dah letak sabun wangi dan softener? Lagi tambah sakit hati bila ada habuk hitam pulak melekat kat baju. Kalau pernah, itu petanda mesin basuh korang minta perhatian! Ya, mesin basuh pun kena dibasuh walaupun tugasnya membasuh baju setiap hari.

Mesin basuh pun perlukan 'spa'!
Mesin basuh pun perlukan 'spa'!

Mungkin ada yang dah tau, atau baru tau atau tak tau langsung pasang ni. Kelebihan button SOAK/TUB CLEANING yang ada pada mesin basuh. Korang jangan pandang sebelah mata tau pada 'mereka' ni sebab keduanya bukan sekadar butang hiasan semata-mata tau. Fungsi ini sebenarnya direka untuk bersihkan tub mesin basuh supaya sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik.

Caranya pun senang. Just hidupkan mesin, pilih mod SOAK/TUB CLEANING, tekan mula dan bila air dah hampir penuh, masukkan cuka dan soda bikarbonat. 

Sukatannya? Agak-agak je la, suku cawan cuka dan 2 hingga 3 sudu soda bikarbonat. Kalau nak guna cuka je pun ok je, sebab sifat asid cuka cukup power untuk nyahkan bau hapak. Tapi kalau campur dua-dua, hasilnya confirm lagi tip-top! Mabeles. Hihi.

Lepas tu, biarkan mesin buat ‘kerjanya’. Janganlah korang letak baju pulak time ni, nanti bukan bersihkan mesin tapi ulang basuh baju yang sama! Amalkan langkah ini dua bulan sekali untuk pastikan mesin basuh kita kekal bersih, tak berbau dan tahan lebih lama.

Jangan jadi macam pengalaman sesetengah orang, guna mesin bertahun-tahun tanpa tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING. Akhirnya, mesin rosak sebab terlalu banyak habuk dan kotoran terkumpul. 

Kalau nak hantar pi servis, harga boleh tahan mahal kan. Nak beli baru pulak? Lagi la terasa poket koyak. Lebih kecewa bila tengok mesin lama kita yang dah dibaiki dipamerkan semula dengan harga beza tak banyak dari mesin baru! 

So, jaga mesin basuh anda sebelum terlambat. Mesin bersih, baju pun harum! Moga bermanfaat. 

Kredit tips to Ika Hazman. 

1 comment:

  1. Betuuuul. Terkadang Orang2 beli mesin cuci nih tak tanya detail fungsi dari masing2 button. Padahal button Soak itu sama pentingnya . Tapi skr ini dah banyak juga yg menjual tablet utk buat mesin cuci bersih. Tinggal masukkan dalam tub.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews