As a parents, tak dinafikan kita mesti nak bagi the best untuk anak-anak. Kan? Namun, kadang-kadang dalam keadaan tertekan atau tak sedar, kita mungkin terucap kata-kata yang bagi kesan besar pada jiwa dan perasaan mereka. Perkataan yang kita anggap biasa atau sekadar nak bagi amaran, kadangkala boleh melukai perasaan dan tinggalkan kesan dalam ingatan mereka.
Mungkin kita pernah mengeluarkan ayat seperti, "Kenapa tak boleh jadi macam adik/kakak/abang?" Niat di hati mungkin nak bagi contoh yang lebih baik, namun sebenarnya perbandingan ini boleh menimbulkan rasa rendah diri pada anak-anak. Mereka mungkin rasa diri mereka tak cukup baik atau tak dihargai. Hakikatnya, setiap anak mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri dan dengan menghargai kelebihan mereka, kita sebenarnya membantu mereka menjadi versi terbaik diri mereka sendiri.
Ada juga yang mungkin tanpa sengaja berkata, "Ibu/ayah sibuk sekarang, jangan ganggu!" Walaupun kadangkala perlu untuk menetapkan batas, tapi kata-kata sebegini boleh buat anak-anak rasa mereka tak penting. Kalau mereka mencari perhatian, mungkin ada sebab yang kita tak perasan. Ambil masa kejap untuk dengari mereka, so mereka akan rasa lebih disayangi dan penting dalam hidup kita.
Selain itu, ungkapan seperti "Tak ada apa-apa yang nak ditakutkan" nampak macam menenangkan, tapi bagi anak kecil, ketakutan mereka adalah sesuatu yang serius. Cuba dengar apa yang mereka takutkan dan bantu mereka fahami perasaan itu. Dengan dengar dan fahami, kita mengajar mereka cara menguruskan emosi sendiri in the future kelak.
Satu lagi ayat yang sering terucap ialah "Berhenti menangis!" Kita mungkin berfikir ia sekadar nak tenangkan mereka, tapi hakikatnya, menangis adalah cara semula jadi anak-anak untuk luahkan perasaan. Daripada kita paksa mereka untuk diam, bantu mereka kenali emosi itu. Ajar mereka untuk bertenang dan bercakap tentang apa yang mereka rasa. Dengan cara ini, mereka belajar bahawa meluahkan perasaan adalah sesuatu yang normal dan sihat.
"Kamu selalu buat salah!" adalah satu ayat yang kita patut elakkan jugak. Walaupun anak mungkin buat silap, bagitau mereka bahawa mereka "selalu" salah hanya akan membuat mereka merasa tak layak. Sebaliknya, bagi mereka panduan dan puji usaha mereka bila mereka cuba lagi. Sikap ini akan bantu mereka bina keyakinan untuk belajar dari kesilapan.
Last buat no least, ungkapan "Nanti ibu/ayah marah" mungkin dengan macam biasa-biasa je, tapi sebenarnya ia mengajar anak-anak untuk bertindak kerana takut dan bukannya faham sebab di sebalik peraturan tersebut. Daripada menakutkan, lebih baik terangkan mengapa sesuatu perkara itu tak patut dilakukan. Anak-anak akan lebih fahami dan hormat peraturan dengan cara ini.
So, sebagai ibu bapa, mungkin ada saat-saat kita terlepas cakap. Namun, dengan berusaha untuk faham perasaan anak-anak dan guna kata-kata yang lebih lembut, kita bukan saja mendidik mereka dengan lebih baik, tapi juga membina hubungan yang lebih erat dan penuh kasih sayang dengan mereka.
Bak kata pepatah, "kata itu ibarat pisau tajam", marilah kita menggunakan kata-kata yang membina, supaya anak-anak kita membesar dengan hati yang kuat dan jiwa yang ceria. Begitulah.
No comments:
Post a Comment