7 November 2024

Ketagihan makanan? Apa nak buat?

Pernah tak korang rasa susah nak berhenti makan, walaupun perut rasa dah "penuh"? Atau mungkin tiba-tiba korang terasa nak makan sesuatu yang manis atau masin, terutama bila mood tengah tak baik? 

Kalau ya, mungkin korang sedang mengalami ketagihan makanan. Tapi, jangan risau, korang tak keseorangan. Ramai je yang alami masalah camni. 

Ketagihan makanan bukan setakat makan sebab lapar je, tapi ia adalah keinginan yang kuat dan tak terkawal, terutamanya untuk makanan yang kaya dengan gula, lemak atau garam. Ini semua kerana makanan macam ni mampu buat otak kita keluarkan hormon dopamin iaitu hormon yang buat kita rasa seronok, macam ‘high’.

Biasanya, orang yang ketagihan makanan ni akan sentiasa fikir tentang makanan, walaupun baru je lepas makan. Ada juga yang tak boleh berhenti makan walaupun dah kenyang. Bila stress/sedih, mereka terus cari ‘comfort food’ sebab makanan boleh beri rasa mereka tenang kejap. Lepas makan, biasanya akan ada rasa menyesal, tapi esoknya buat lagi benda yang sama. Macam satu kitaran pulak kan?

Ketagihan makanan? Apa nak buat?

So, macam mana nak kawal ketagihan ni? Pertama sekali, kenal pasti apa sebenarnya yang buat kita makan. Adakah sebab betul-betul lapar atau cuma sebab stress/bosan? Kalau bukan sebab lapar, cuba buat aktiviti lain seperti baca buku atau bersenam. Ini boleh alihkan perhatian kita daripada terus mengunyah.

Kemudian, amalkan ‘mindful eating’. Bila makan, nikmati setiap suapan. Fokus pada rasa dan tekstur makanan, jangan makan sambil tengok TV atau buat kerja. Dengan cara ni, kita lebih sedar apa yang kita makan dan boleh elak makan berlebihan.

Satu lagi, cuba elak simpan makanan yang kita tahu boleh buat kita ketagih. Contoh, kalau tahu coklat susah nak ditolak, jangan beli! Gantikan dengan makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan. Selain tu, makan pada waktu yang tetap boleh bantu elakkan rasa lapar melampau dan jangan lupa minum air yang cukup. Kadang-kadang badan kita sebenarnya haus, tapi kita sangka lapar.

Ketagihan makanan ni boleh dikawal sebenarnya, cumanya jangan terlalu keras pada diri sendiri. Setiap langkah kecil ke arah perubahan tu adalah satu kejayaan. Pelan-pelan kayuh, yang penting konsisten! Good luck!

No comments:

Post a Comment