3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri.

Setiap dari kita adalah pemimpin. Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mampu memimpin dirinya sendiri sebelum dia memimpin orang lain. 

Lagipun ada yang mengatakan, diri kita adalah modal kejayaan kita. Rasanya ramai je tokoh yang telah membuktikan kecemerlangan diri itu bergantung kepada kekuatan diri sendiri. 

Contohnya, Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukary yang dulunya adalah seorang peniaga daging, tapi sekarang telah bergelar jutawan dan menjadi salah seorang dari 10 orang terkaya di Malaysia. 

Kita memang patut contohi kegigihan beliau kan terutama dalam mengubah nasib menjadi lebih baik. Beliau telah berjaya menjadi pemimpin kepada diri sendiri.dengan mempunyai kepimpinan yang cemerlang. 

3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri.
3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri. Gambar kredit Google.

Apa yang beliau lakukan agaknya sehingga berjaya ke tahap yang sangat membanggakan? Sebenarnya, ada 3 perkara asas yang kita boleh praktikkan untuk memimpin diri sendiri dan menjadi seperti insan-insan yang telah berjaya, seperti yang dikongsikan oleh Richard W James.

Ada prinsip diri.

Bagi cikla, semua orang kena ada prinsip masing-masing. Bak kata pepatah, jangan macam lalang. Yang dia tau hanya mengikut orang, nak-nak pulak secara membuta tuli. Main follow je. 

Bukan tak boleh nak ikut, tapi semuanya perlu kesesuaian dan pastinya memberi kesan yang baik. Kalau korang nak tau, prinsip diri bermaksud konsep nilai kendiri menentukan sikap atau tindakan kita. 

Ada sikap yang mendorong kita untuk mencapai matlamat.

Sikap ini akan lahir dari prinsip kita yang diyakini dan kenalah diamalkan. Ia sekaligus akan membenuk gaya hidup yang positif atau sebaliknya. 

Pendek kata, semuanya terpulang pada kita untuk menentukannya. Apa yang penting, jangan mudah terpengaruh terutama dengan hal yang kurang elok adalah salah satu ciri pemimpin yang baik dan disegani.

3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri.
3 perkara asas untuk memimpin diri sendiri. Gambar kredit Google. 

Komitmen yang jitu untuk melaksanakan apa yang diinginkan.

Komitmen amat penting sebenarnya tak kira dalam apa yang kita kerjakan. Bagi cikla, komitmen adalah tanda kita serius dan bersungguh-sungguh untuk capai apa yang kita nak. 

Antara sikap yang menunjukkan komitmen kita terhadap sesuai perkara adalah tidak bertangguh melakukan tugas yang diberikan, menunjukkan budaya kerja yang awesome, punctual, dan ikhlas. 

Pendek kata, semuanya bermula dari diri kita jugak. Kalau kita memang nak berubah menjadi cemerlang, lakukanlah. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera. 

Kredit : Perkongsian dari Dr. Zuridah Hanim Md Akhir, Ikon GPM Kedah. 

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews