Jom hayati ikhtibar di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.

Ahad ni kita akan menyambut Israk dan Mikraj, iaitu pada 27 Rejab yang mana ia merupakan antara peristiwa penting dalam Islam. 

Dan pada ketika itulah, baginda Nabi SAW mendapat perintah menunaikan solat fardu dari Allah SWT di langit Sidratul Muntaha. 

Sudah terang lagi bersuluh, ini menunjukkan betapa istimewa dan penting solat itu kepada kita, umat Islam di akhir zaman ini.

Jom hayati ikhtibar di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.
Jom hayati ikhtibar di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.  Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Kalau korang nak tau lebih lagi mengenai kisah solat dan Israk Mikraj ni korang boleh je cari di Google ye. 

Memang banyak perkongsian pasal ni dikongsi oleh para ilmuwan dan cerdik pandai Islam kita. Dekat YouTube pun banyak. Ok! 

Berbalik kepada ikhtibar yang kita boleh dapat dari peristiwa Israk dan Mikraj ni, antaranya : 

Jom hayati ikhtibar di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.
Jom hayati ikhtibar di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj. Kredit Google. 

  • Ia merupakan perjalanan yang nyata, iaitu pengalaman sebenarnya baginda Rasulullah SAW dan bukannya mimpi atau igauan. 
  • Menunjukkan bukti dan tanda kekuasaan Allah, sebab Dia boleh menjadikan sesuatu peristiwa yang dianggap pelik kepada hal yang benar dan hebat daripada apa yang kita fikirkan. 
  • Salah satu bentuk kemuliaan yang Allah SWT kurniakan pada Rasulullah SAW, kerana sebelum peristiwa ini berlaku, baginda banyak sekali menghadapi ujian yang berat, antara kesedihan akibat kematian isteri tercinta, Siti Khadijah dan bapa saudara kesayangan, Abu Thalib. 
  • Sebagai bukti kerasulan Nabi SAW, dan menjadi sebahagian bukti kebesaranNya. 
  • Sebagai bukti ajaran baginda Rasulullah SAW bersifat menyeluruh, kerana peristiwa ini iaitu dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis menunjukkan ajaran yang dibawa Nabi bukan untuk masyarakat Mekah saja, tapi untuk umat manusia sedunia.
  • Mendapat perintah medirikan solat fardu 5 waktu sehari semalam.
  • Pembersihan hati untuk mengadap Allah SWT, kerana telah diriwayatkan sebelum peristiwa ini, Rasulullah SAW telah 'dibedah' oleh malaikat untuk membersihkan jiwanya dari sifat buruk termasuklah was-was. 

Kredit info : tzkrh.com

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews