Jaga adab ketika menuntut ilmu dengan guru, menjamin keberkatan ilmu yang diperolehi.

Semua tau dah kot yang semalam result SPM 2019 sudah pun dimumkan. Tahniah pada adik-adik yang Berjaya perolehi keputusan cemerlang. 

Pada yang memperolehi result yang kurang memberangsangkan, jangan sedih jangan give up. SPM bukanlah pengakhiran kepada kejayaan yang akan datang. Panjang lagi perjalanan kau dik. 

Lagipun sekarang ni banyak je peluang yang disediakan bagi mereka yang macam ni. Mungkin korang kurang dalam pembelajaran, tapi diberi kelebihan dalam kemahiran. So, jangan mudah lemah semangat untuk berjaya. Apa yang penting bijak grab peluang yang ada. 

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, bagi Cikla memang sangat penting menjaga adab semasa kita menuntut ilmu. 

Bukan apa, hanya nama menuntut ilmu, tapi keberkatannya takde. Buat penat je kan. Lagipun, ada sesetengahnya tu tak bagi perhatian pun masa guru mengajar kat depan. 

Ada yang bersembang, membawang sok sekk sokk sekk, dan tak kurang juga siap main telefon lagi. Guru dok pot pet pot pet dekat depan tu langsung tak diendahnya. 

Jaga adab ketika menuntut ilmu dengan guru, menjamin keberkatan ilmu yang diperolehi.
Jaga adab ketika menuntut ilmu dengan guru, menjamin keberkatan ilmu yang diperolehi. Gambar dari carian Google.

Guru sepatutnya diberi penghormatan, bukanlah penghormatan sehingga mengagungkan mereka, cukuplah kita menhormati mereka dan memberi perhatian semasa mereka mengajar. Tak kira tua atau muda, sepatutnya itulah yang kita perlu lakukan kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. 

Lagi satu, kalau dah berjaya pulak, jangan sesekali melupakan jasa mereka. Sesekali tu ziarahlah mereka, tanda ingatan kita pada mereka.   

Macam mana nak peerolehi keberkatan ilmu?
  1. Tetapkan dan pasak niat dalam diri iaitu mencari ilmu kerana Allah SWT.
  2. Beramallah dengan ilmu yang telah diperolehi, sebab untuk mengetahui ilmu yang diperolehi itu berkat atau sebaliknya, ia diukur dengan seberapa kerap kita beramal dengannya.
  3. Mengajarkan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, sesuai dengan sabda baginda Rasullullah SAW yang mengatakan pentingnya untuk mengajarkan dan menyebarkan ilmu kepada orang lain. Ia akan memberi manfaat kepada mereka yang lain, sekaligus hati kita pun tenang. InshaAllah.
  4. Tak sombong dengan ilmu yang dimiliki. 
  5. Menjaga adab dengan ilmu supaya diberkati Allah SWT. Ia termasuklah adab semasa kita menuntut ilmu seperti cara duduk yang beradab, bagi tumpuan dan perhatian sebaiknya serta memperlihatkan kesungguhan dalam mendalami ilmu yang diajarkan kepada kita.

Jaga adab ketika menuntut ilmu dengan guru, menjamin keberkatan ilmu yang diperolehi.
Jaga adab ketika menuntut ilmu dengan guru, menjamin keberkatan ilmu yang diperolehi. Gambar dari carian Google.

Jaga adab ketika menuntut ilmu dengan guru, menjamin keberkatan ilmu yang diperolehi.
Jaga adab ketika menuntut ilmu dengan guru, menjamin keberkatan ilmu yang diperolehi. Gambar dari carian Google. 

Kesimpulannya, keberkatan ilmu itu sangat penting sebab ia akan menjamin ilmu yang diperolehi itu diredhai oleh Yang Maha Esa. 

Kredit SINI

1 comment:

  1. Tapi sedih ramai student skrg tak hormat guru. Marah + sedih sebab dorang takde kesedaran tentang keberkatan ilmu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.