Nak tau rahsia di sebalik penggunaan nombor kod pada botol plastik?

Penggunaan botol plastik sememangnya popular sejak dulu lagi. Tapi, tahukah korang apakah makna dan rahsia di sebalik nmbor kod yang ada padanya? Nak tau? Meh baca perkongsian ni sampai habis. 

Nak tau rahsia di sebalik penggunaan nombor kod pada botol plastik?
Nak tau rahsia di sebalik penggunaan nombor kod pada botol plastik?  Gambar dari carian Google.

Kod No. 1 – Polyethylene Terephthalate (PETE atau PET).
  • Biasanya diklasifikasikan untuk botol yang jernih seperti botol air mineral. 
  • Penggunaannya disarankan hanya sekali pakai sahaja, sebab kalau digunakan terlalu kerap terutama untuk mengisi air panas, lapisan polime pada botol akan bocor dan karsinogenik akan terbebas.

Kod No. 2 – High Density Polyethylene (HDPE).
  • Simbol ini biasanya dijumpai pada botol susu dan bekas makanan. 
  • Kalau korang nak tau, HDPE adalah salah satu bahan plastik yang selamat digunakan sebab ia mampu mencegah tindak balas kimia kemasan plastik engan minuman atau makanan yang diisi di dalamnya. 
  • Selain itu, ia juga memiliki sifat bahan yang kuat, keras dan lebih tahan pada suhu yang tinggi. Walaubagaimanapun, sebaiknya gunakan ia hanya untuk sekali pakai sahaja sebab antimoni trioksida akan dibebaskan dan meningkat dari masa ke masa. 

Kod No. 3 – Polyvinyl Choride (V atau PVC).
  • Sejenis plastik yang paling susah untuk dikitar semula. 
  • Dia ni biasanya digunakan sebagai pembalut makanan atau cling wrap dan pada botol-botol yang lain. 
  • Selain itu, ia mengandungi DEHA, yang mana ia boleh bertindak balas dengan makanan yang dibalut dengannya sebab ia bersentuh terus. 
  • Apa yang korang kena tahu, bila DEHA ni mencair pada suhu -15 darjah celcius dan berlakunya tindak balas antara antara PVC dengan makanan yang dibalut, ia boleh mendatangkan kemudaratan pada ginjal, hati dan berat badan. Bahaya kan!

Kod No. 4 – Low Density Polyethylene (LDPE). 
  • Rupa parasnya yang berwarna coklat, dihasilkan daripada minyak bumi atau thermoplastic
  • Ia biasanya digunakan sebagai bekas makanan atau botol-botol yang kemek. 
  • Sifatnya yang kuat, tembus cahaya, fleksibel dan permukaannya agak berminyak. Selain itu, ia sangat tahan di bawah suhu 60 darjah celcius kepada tindak balas kimia dan mempunyai daya perlindungan yang baik terhadap wap air tetapi kurang elok bagi gasgas lain seperti oksigen. 
  • Akan tetapi, ia masih boleh dikitar semula tetapi susah untuk dilupuskan.

Nak tau rahsia di sebalik penggunaan nombor kod pada botol plastik?
Nak tau rahsia di sebalik penggunaan nombor kod pada botol plastik? Gambar dari carian Google.

Kod No. 5 – Polypropylene (PP).
  • Pilihan terbaik untuk bahan plastik terutamanya sebagai tempat menyimpan makanan, minuman dan botol susu bayi. 
  • Ia bersifat jernih, lebih kuat dan ringan dengan daya tembusan wap yang rendah, tahan terhadap minyak, stabil pada suhu  yang tinggi serta berkilat. 
  • Selain itu, ia boleh ditemui pada penutup botol, botol kicap dan juga pada bekas perubatan.

Kod no. 6 – Polystyrene (PS).
  • Ia biasanya digunakan sebagai bekas makanan styrofoam dan cawan atau gelas minuman pakai buang.
  • Ia adalah polimer aromatik yang boleh mengeluarkan styrene pada makanan kalau ia bersentuhan. Kalau korang nak tau, Styrene ini ditemui pada asap rokok, asap kenderaan dan asap dari kilang. 
  • So, ia perlu dielakkan sebab berbahaya pada otak, berpotensi mengganggu hormon estrogen wanita  (punca kepada masalah kepada sistem peranakan), pertumbuhan dan sistem saraf. 
  • Dia ni juga susah nak dikitar semula. Nak proses dia pun ambil masa yang lama.

Kod No. 7 – Other : SAN (Styrene acrylonitrile), ABS (Acrylonitrile butadiene styrene), PC (polycarbonate). 
  • Biasa ditemui pada bekas makanan dan minuman, komputer dan alat elektronik. 
  • PC pula selalu digunakan untuk botol susu bayi, sippy cup, botol minuman dan tin susu formula.
  • Untuk pengetahuan korang, ia boleh pindahkan Bisphenol-A. Kalau suhu meningkat disebabakan pemanasan kepada makanan/minuman yang berpotensi merosakkan hormon, kromosom pada ovari, penurunan penghasilan sperma serta mengubah fungsi imunisasi. 
  • Manakala, SAN dan ABS pulak mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap tindak balas kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan dan pertambahan tingkat kekerasan. 
  • SAN pula biasanya ada pada mangkuk adunan (mixer), balutan termos, piring, alatan makanan, penapis minuman dan berus gigi.
  • Manakala, ABS pula biasa ada pada barang mainan dan paip. 
  • SAN dan ABS adalah bahan plastik yang sangat baik digunakan.

Nak tau rahsia di sebalik penggunaan nombor kod pada botol plastik?
Nak tau rahsia di sebalik penggunaan nombor kod pada botol plastik? Gambar dari carian Google.

Sekarang ramai orang buat deko guna botol plastik kan?

Kredit info : T.me/PetuaDanKesihatan

1 comment:

  1. aida tau lama ni. sejak diwar-warkan ada plasti yg bahaya, kan :)
    memang sentiasa tgk label plastik kalau nak beli.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.