Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.

Siapa aje yang tak nak perut slim, kurus, ramping kan? Iye laa, nanti senanglah nak bergaya dengan baju kesukaan. Tak risau dah nak sarung baju kebaya kesukaan korang. 

Tapi, bila perut nampak macam 'naik' sikit, kita mulalah risau, pening kepala macam mana nak bagi slim balik perut tu. Risau wehh, lagi lagi yang gugurl. Segan orang tengok. Lainlah macam cikla ni, perut buncit bersebab. Haha. 

So, cikla nak tanya korang. Dalam usaha 'mengempiskan' kembali perut tu, korang suka cara yang macam mana? Ambil produk atau supplement? Atau cuba petua semulajadi yang lebih selamat?  

Haa, apa kata korang baca perkongsian cikla ni macam mana nak hilangkan perut buncit dengan cepat tapi selamat. Nak tau? Kenalah baca sampai habis. Hihi. 

Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.
Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pertama : Buat seat-up atau gerakan badan latih tubi dan senaman setiap pagi. Senang je. Korang just letakkan kedua-dua belah tangan pada bahagian kepala. 

Lepas tu, angkat kepala berserta badan serentak dengan kaki (dalam keadaan yang bengkok terutamanya) sebanyak 8 kali sehari. Apa yang penting buat dengan konsisten dan berdisplin tau, barulah hasilnya wow! 

Ehh, pastikan belakang badan korang masa korang buat seat-up tu dengan pelapik belakang lembut. Kang tak memasal melecet plak belakang korang tu. 

Kedua : Kunyah makanan sampai betul-betul hancur. Seperti sunnah Rasullulah SAW, baginda sangat menggalakan kita makan dengan mengunyah 40 kali kunyahan sebelum kita menelan makanan tersebut. 

Ini telah disokong oleh doktor yang mengatakan kunyahan 40 kali akan membantu makanan yang korang makan tu dihadam dengan lebih mudah. 

Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.
Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.

Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.
Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.

Ketiga : Kalau rajin sikit tu, berjogginglah, tak pun lari-lari anak. Time jogging pulak elok awal pagi sebab udara lebih fresh dan kaya dengan oksigen. 

Sebelum matahari keluar, korang keluar dulu. Jogging ni penting untuk bina stamina korang dan yang pin best perut korang yang buncit tu pun boleh ghaib tau. 

Keempat : Kalau korang jenis perut yang tahan masam-masam, setiap pagi sebelum korang makan sarapan tu, ambil jus limau dulu. Sebab, jus limau dikatakan dapat membantu membuang sisa-sisa makanan dan asid dalam perut, selain dia jadi minuman detox. 

Kalau korang  nak tukar-tukar dengan jus epal ke, jus lemon pun boleh. 
  
Kelima : Kalau yang ni selalu je orang buatkan, iaitu banyakkan minum air kosong suam. Senang cakap, ambil air kosong secukupnya setiap hari. Selain itu, ia boleh membantu  melancarkan fungsi organ hempedu dan melancarkan proses buangan air dari dalam badan. 

Oh ye, sebaiknya korang elak dari mengambil air sejuk masa makan, sebab ia dikatakan akan melambatkan proses pencernaan makanan di dalam badan, sekaligus menyebabkan perut buncit.

Keenam : Puasa sunat. Pada yang Muslim, bolehlah berpuasa sunat sebab ia dapat merehatkan perut dan sistem pencernaan korang dari bekerja buat sementara waktu. Tapi, korang jangan skip sahur pulak tau. Penting tu. 

Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.
Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.

Ketujuh : Minum teh hijau, sebab ada kajian mengatakan teh hijau boleh menaikkan tahap metabolisme badan ke yang lebih tinggi sekaligus memanaskan badan serta membakar lemak dan kalori di dalam badan dengan lebih mudah. 

So, berat badan tu akan jadi lebih stabil dan sisyem penghadaman pun jadi lancar. Apa yang bagus, sebelum korang menjamah makanan tu, minum teh hijau dulu. 

Kelapan : Kurangkan garam dalam masakan. Kalau korang nak tau, garam yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan perut buncit. Sebab apa? 

Sebab, garam akan halang/elambatkan proses air keluar dari badan. Air yang banyak  di dalam perut akan menghasilkan gas-gas yang berpotensi untuk membesarkan diameter perut korang tau. 

Kesembilan : Makan perlahan-lahan, jangan gelojoh. Haha. Lagi satu jangan makan time korang tengah stress. Memang habislah satu periuk nasi korang baham, haha. 

Oh ye, kalau korang nak tau, makan terlalu cepat amat bahaya tau, sebab perut ambil masa 20 minit untuk hantar signal ke otak yang korang dah dapat makanan secukupnya. Inilah punca gemuk sebenarnya, dan tak ramai yang sedar dan tau. 

Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.
Ada yang nak hilangkan perut buncit dengan pantas? Meh cuba 9 cara mudah ini.

Kredit : T.me/PetuaDanKesihatan

3 comments:

  1. Wahhh nice sharing. Jom kita amalkan gaya hidup& pemakanan sihat hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah setakat hari ni tak penah ada masalah perut buncit lagi... hehe..Insyaallah akan cuba jaga sebaiknya..

    ReplyDelete
  3. Masa dalam pantang beriya kata nak diet, sudahnya ke laut. Haha Nak buat senaman bulan awal je. Last ke laut jugak. ^^

    ReplyDelete

Powered by Blogger.