Advertisement

Suka menjilat bibir penyebab bibir pecah?

SUKA MENJILAT BIBIR PENYEBAB BIBIR PECAH? Siapa sahabat cikla suka jilat bibir? Ramai suka buat camtu kot, sebab cikla pun sama kadang-kadang, nak-nak pulak musim panas ni kan. Mereka yang nak legakan rasa cemar pun suka buat macam ni. Walaupun ada yang mengatakan perbuatan ni reaksi semulajadi tapi sebenarnya tak bagus diamalkan tau. Keadaan ni boleh jadi kronik dan dipanggil 'lip licker's dermatitis'.

Suka menjilat bibir penyebab bibir pecah?
Suka menjilat bibir penyebab bibir pecah? Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Korang tau tak karektor kulit bibir ni macam mana? Kulit bibir adalah nipis dan halus, so that permukaan dia memang mudah haus nak-nak pulak bila cuaca kering. So, kita perlu lakukan sesuatu untuk pastikan kulit bibir sentiasa lembap.

So, berbalik kepada cerita menjilat bibir tadi, apa sebenarnya yang berlaku masa korang menjilat bibir?

Untuk pengetahuan korang, dalam air liur ada enzim pencernaan seperti amilase dan maltase yang mana fungsi diaorang ni 'menghauskan' permukaan kulit. Bila korang menjilat bibir, memanglah air liur akan menambah kelembapan ke permukaan bibir, tapi ia hanya seketika cuma. Air liur akan cepat menyejat, dan keadaan ini akan membuatkan bibir jadi lebih kering dari sebelumnya. 

Yang paling sakit tahap kekeringan bibir itu berlarutan sampai boleh jadi pecah. Sakit ooo. Nak makan, minum pun sakit pedih kalau jadi sampai macam tu. Tapi kan, penyebab bibir pecah ni bukan sebab suka jilat bibir je, ada banyak lagi penyebab lain seperti merokok, tak buang lipstick sebelum tidur, mungkin komplikasi penyakit lain dan pengambilan ubat tertentu.

Suka menjilat bibir penyebab bibir pecah?
Suka menjilat bibir penyebab bibir pecah? Gambar dari carian Google. 

Ada tip tak nak atasi masalah bibir pecah ni?

Ehhh, mestilah ada. Senang pulak tu nak apply. Jom check satu-satu.

  1. Pertama-tama, korang kena stop tabiat menjilat bibir. Kalau bibir korang tu memang jenis selalu kering, guna je pelembap bibir. Tapi pastikan sesuailah dengan bibir koranglah.
  2. Guna minyak kelapa atau minyak bunga matahari. Ini seperti yang disyorkan oleh Persatuan Ekzema Kebangsaan, yang mana ia bagus untuk melembapkan kulit selain mengekalkannya secara natural. Oles kan minyak tersebut sebelum korang nak tidur atau awal pagi. Kenalah buat konsisten kan untuk hasil yang menakjubkan.
  3. Guna pelembap yang ada bahan semulajadi kat dalam dia seperti jeli petroleum, lilin lebah, madu dan sebagainya. Pastikan jugak pelembap ni ada perlindungan matahari paling kurang pun SPF 15.
  4. Bila bangun tidur, lap bibir korang yang kering tu dengan menggunakan kain lap yang lembab atau berus gigi, lepas tu sapu pelembap bibir. 
  5. Kalau korang pergi melancong ke tempat sejuk, jangan lupa gunakan mask atau shawl untuk menutup bibir korang supaya kulit bibir kering boleh dielakkan.

Kredit info Ruangan WM, Harian Metro. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Dulu-dulu selalu juga jilat bibir lol. Tp lepas kenal apa itu lipbalm dan rajin pakai malam-malam before tidur, takde dah masalah bibir kering. Cuma kadang-kadang ada masa bibir tetap nak kering teruk sampai jadi ulser tu memang tak mampu buat apa la haha

    ReplyDelete