Sejujurnya, first time cikla tengok dan makan bayam Brazil. Lama dah teringin nak rasa bayam Brazil ni, since tengok kawan di FB post pasal bayam ni. Dah rezeki kan nak rasakan, pagi tadi pergi tadika anak, kebetulan ada tanam bayam tu. 

So, mintalah sikit dengan cikgu nak buat rasa. Dapatlah dalam secekak gitu. Jadilah, nak buat rasa kan. Lagipun, rasanya cikla tak pernah jumpa lagi bayam ni jual dekat kedai yang selalu cikla belanja lauk tu.

First time makan bayam Brazil. Memang sedap!
First time makan bayam Brazil. Memang sedap! 

Untuk pengetahuan korang, bayam Brazil ni dikatakan berasal dari Brazil dan nama saintifiknya pula dikenali sebagai Althernanthera Sissoo dan boleh ditanam melalui keratan batang. Orang kata, bayam ni pun senang nak hidup. Cucuk je, hiduplah dia. Nak jaga dia pun senang. Banyak gak khasiat bayam brazil ni, antaranya : 

  1. Dikatakan mampu melawan kanser. 
  2. Membantu mengekalkan kesihatan mata. 
  3. Kaya dengan vitamin K. 
  4. Menguatkan tulang. 
  5. Mampu membantu menurunkan berat badan. 
  6. Mampu meningkatkan sistem imuniti badan. 
  7. Membantu sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. 
  8. Membantu melancarkan darah dan mencegah anemia. 
  9. Mengatasi masalah gusi sekaligus mengekalkan kesihatan mulut. 
  10. Mengekalkan kesihatan ibu mengandung. 

First time makan bayam Brazil. Memang sedap!
First time makan bayam Brazil. Memang sedap! 

Nak masak dia pulak boleh dipelbagaikan tau, bukan takat goreng tepung je. Masak lemak boleh, tumis air boleh, buat macam sup boleh, tumis belacan boleh. 

Pendek kata, ikut selera masing-masinglah. Tapi, disebabkan bayamnya pun tak banyak sangat, so cikla masak goreng tepung je. Guna tepung KFC tu je. Hasilnya, tu haa. Sedap jugak bayam ni. Rangup dan tak berlendir macam bayam biasa tu. 

First time makan bayam Brazil. Memang sedap!
First time makan bayam Brazil. Memang sedap! 

First time makan bayam Brazil. Memang sedap!
First time makan bayam Brazil. Memang sedap! 

Hurmm, nanti bolehlah cari benih dia buat tanam dekat rumah. Rupanya, bayam ni boleh kita tanam dekat dalam pasu buat macam jambangan bunga pun boleh. Mencantikkan rumah dan berkhasiat untuk kesihatan jugak.