4 March 2020

Info mengenai ubat yang korang kena tau.

Bagi mereka yang kena ambil ubat sebagai rutin harian, meh baca info penting ini. Macam cikla sendiri, since kena ambil thyroxine seumur hidup, memang hari-hari sentiasa alert dengan benda ni lebih-lebih lagi time masa nak makan tu. Setakat ni alhamdullilah takde miss lagi. 

Info mengenai ubat yang korang kena tau.
Info mengenai ubat yang korang kena tau. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Langkah pengambilan ubat dengan betul.

  1. Baca dan faham betul-betul label pada botol ubat untuk pastikan ubat yang korang amik itu betul.
  2. Sukat ubat dengan tepat. Jangan sukat ubat kanak-kanak guna sudu.
  3. Elakkan interaksi ubat dengan makanan. Penting untuk pastikan ubat diambil sebelum atau selepaas makan.
  4. Ambil ubat dengan air kosong. Jangan ambil ubat dengan air kopi, teh atau alkohol.
  5. Ambil ubat pada masa yang tepat. Ambil ubat pada masa yang sama setiap hari.

Info mengenai ubat yang korang kena tau.
Info mengenai ubat yang korang kena tau.

Info mengenai ubat yang korang kena tau.
Info mengenai ubat yang korang kena tau.

Apa yang korang MESTI lakukan kalau terlupa mengambil ubat?

  1. Terus ambil dos yang tertinggal sebaik sahaja teringat.
  2. Kalau menghampiri masa pengambilan dos seterusnya, abaikan dos yang tertinggal dan ambil dos yang berikutnya macam biasa. 
  3. Jangan gandakan dos untuk 'menggantikan' semula dos yang tertinggal.

Tip supaya korang tak lupa masa mengambil ubat :

  • Setkan jam penggera pada handphone korang selaras dengan masa pengambilan ubat. Haaa, kalau yang ni memang cikla buat. Sebab takut lupa. Lagi-lagi kalau kena ambil ubat sebelum tidur. 
  • Gabungkan dengan rutin harian korang, contoh ambil ubat sebaik sahaja korang lepas makan.
  • Minta bantuan famili untuk ingatkan korang masa pengambilan ubat. 

Berapa lama pula ubat-ubatan ini boleh disimpan?

Haa, bagi cikla part ni penting, sebab ia boleh mengelakkan kita dari keracunan ubat atau termakan ubat yang dah tak elok. Kang tak memasal penyakit lain pulak datang. 

  • Untuk tablet atau kapsul. - Seperti yang tertulis pada blister.
  • Untuk tablet atau kapsul yang disimpan dalam bekas lain. - 6 bulan selepas dikeluarkan dari blister asal.
  • Untuk ubat jenis sirap. - 6 bulan selepas dibuka.
  • Untuk ubat jenis dibancuh. - 2 minggu.
  • Untuk ubat sapu. - 3 bulan selepas dibuka.
  • Untuk ubat mata/hidung/telinga. - 1 bulan selepas dibuka.

Apa yang korang kena lakukan kalau ada ubat yang berlebihan dan sudah tamat tempoh?

Langkah terpenting adalah korang kena pulangkan semula ubat-ubatan tu ke Farmasi. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Kemaskan tempat simpanan ubat di rumah, asingkan ubat yang berlebihan dan yang telah tamat tempoh (tamat tarikh luput).
  2. Bawa ubat tersebut ke unit farmasi di hospital/klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dengan rumah korang.
  3. Serahkan ubat tersebut ke farmasi hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk pelupusan ubat yang betul. 
  4. Beritahu kepada rakan atau ahli keluarga korang berkaitan Program Pemulangan Ubat.

Kredit info : Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

2 comments: