Memang tak dinafikan semua orang pernah alami stress. Agaknya sekarang ni pun ada yang tengah stress kan. Hihi. Korang tau tak, stress ni apa benda sebenarnya?
Stress ni adalah tindak balas antara fizikal iaitu badan, dengan emosi (perasaan) dan mental seseorang kepada sebarang perubahan. Stress berlaku mestilah ada sebab kan. Tak kan la korang tengah elok-elok je tetiba stress. Masalah lain pulak tu. Hihi.
Antara sebab stress adalah :
- Diri sendiri - Harapan terlalu tinggi.
- Keluarga - Konflik rumahtangga, termasuklah masalah kewangan dan berlaku sesuatu tragedi.
- Pekerjaan. -Masalah beban kerja.
- Konflik dengan rakan sekerja.
Macam mana nak tau yang korang sedang alami stress?
- Rasa letih keterlaluan.
- Sakit kepala.
- Cepat marah.
- Resah gelisah.
- Gangguan tidur.
- Perubahan selera makan.
- Tingkah laku atau kelakuan jadi agresif.
Jom amalkan 10B untuk mengelakkan diri korang dari stress.
- Bersyukur.
- Bernafas dengan baik dan teratur.
- Bicara diri.
- Beribadat, solat, baca Al-Quran dan banyakkan zikir.
- Berkongsi perasaan dengan orang terdekat dan boleh dipercayai.
- Berehat dan berurut (rehat sekejap dengan melelapkan mata selama 10-15 minit).
- Mendengar muzik. Tak pun lihat keindahan alam/bunyi alam semulajadi yang menenangkan.
- Beriadah.
- Bersenam. Paling tak pun buat senaman ringan.
- Berfikiran positif.
Apa yang korang boleh lakukan untuk atasi perasaan marah?
- Bertenang. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan.
- Kenal pasti punca atau sebab mengapa korang marah. Kalau tak dapat kenal pasti punca/sebab, tinggalkan tempat tersebut dengan serta merta.
- Berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan.
Semoga kita semua terhindar dari stress. Aamiin.
Kredit Unit Kesihatan Mental, Bahagian Kawalan Penyakit KKM.
bersyukur.. ini antara yang mampu meredakan stress Sha.. selalunya lah..
ReplyDeletekalau stress, selalunya saya jalan laju2. haha
ReplyDeletekalau saya prefer tidur lepas dah bangun Insyaallah tahan sikit
ReplyDelete