Nak tahu petua mudah hilangkan sakit gigi dalam masa 5 minit? Ini dia...

Rasanya ramai orang dah pernah merasa macam mana memderitanya bila sakit gigi menyerang. Betul tak? Nak buat apa pun serba tak kena. Makan ubat tahan sakit pun masih tak kurang rasa sakit. Nak tidur pun tak lena dibuatnya. Hasab sangat! 

So, korang nak tau tak, sebenarnya ada je petua senang yang korang boleh praktikkan untuk mengurangkan rasa sakit yang memcengkam kalbu tu. Aduhh, ayat kemain. Ok ok, jom check apakah petua itu. 

Nak tahu petua mudah hilangkan sakit gigi dalam masa 5 minit? Ini dia...
Nak tahu petua mudah hilangkan sakit gigi dalam masa 5 minit? Ini dia... Gambar diubahsuaih carian Google. 

Ais.

Letakkan ais pada area yang sakit, InshaAllah rasa sakit akan semakin berkurang dan reda. Kalau korang nak tau, rasa sejuk dari ais dikatakan akan membuat pembuluh darah menyempit sampai rasa sakit itu hilang.

Bawang putih.

Semua orang tau kot yang bawang putih ni adalah antibiotic semulajadi yang owsem. Sifatnya dikatakan dapat membantu melawan jangkitan atau infection

6Cara dia? Senang je, korang just hiris halus seulas bawang putih, kemudian campurkan dengan sedikit garam lepas tu letakkan campuran pada tempat yang sakit. 

Kalau gigi korang tu berlubang, letak campuran tu dalam lubang tu. InshaAllah, lama-lama rasa sakit akan hilang, sebab cikla pernah try ni dan memang menjadi.

Minyak cengkih.

Minyak cengkih juga dikatakan boleh bantu hilangkan rasa sakit gigi. Caranya, just rendam kapas dalam minyak cengkih, lepas tu gigit kapas yang dah direndam tu pada tempat yang sakit.

Halia.

Berkumur dengan air rebusan halia. InshaAllah rasa sakit akan reda.

Bawang merah.

Korang potong dua bawang merah, lepas tu gigit bawang tu pada gigi yang sakit. Kalau ada air dari bawang merah tu lagi bagus, sebab kalau air tu kena pada tempat yang sakit lagi mujarab katanya.

Selamat mencuba! 

Kredit : Psikologi gaya hidup dan kesihatan.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews