'Santai Tapi Sampai'

25 March 2020

Lempeng gandum cicah sambal sardin.

Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mak-mak kena lebih kreatif mempelbagaikan menu untuk seisi keluarga. Sesekali tukar selera pun ok juga kan, lagi lagi mak macam cikla ni ha sampai blur dan takde idea nak masak pe, termasuklah untuk menu breakfast. Kebetulan, semalam tengok sharing kawan FB cikla, dia buat roti canai. Cikla manalah pernah buat kan, so bangun Subuh tadi otak terus terfikir nak buat lempeng ajelah. Meneborr roti teman memang fail. Haha. Lagipun, kebetulan sardin ada lagi setin tu. Boleh sangat nak buat cicah dia kan.

Lempeng gandum cicah sambal sardin.
Lempeng gandum cicah sambal sardin. 

Lempeng ni pun first time buat rasanya, ke dulu-dulu ada pernah buat jugak. Lupa dah. Haa, apa lagi. Jom kita masuk dapur.

Bahan untuk buat lempeng.
 
2 cawan tepung gandum. 
1 biji telur. 
1 biji bawang besar (hiris). 
Air untuk membancuh, sedikit pewarna kuning dan garam secukup rasa.

Cara buat lempeng.

Campuran kesemua bahan dalam mangkuk yang sesuai. Gaul sampai bahan sebati. Bancuhan janganlah cair sangat, jangan pekat sangat. Korang agak-agaklah sendiri ye. Dah siap, guna kuali leper (kalau takde, kuali biasa pun boleh jugak), sapukan sedikit minyak pada kuali (yang ni cikla sapu guna daun pandan yang celup dalam minyak masak, pastu sapu ke kuali).

Bila kuali dah panas, layarkan sesenduk adunan yang dah siap tadi. Biarkan sampai garing sikit, pastu terbalikkan. Yang ni ikut selera korang. Kalau korang suka garing, ada hitam-hitam sikit biarlah lama sikit. Jangan sampai hangus sudahnya. Dah siap, angkatlah. Cikla saja buat kecil-kecil senang nak makan. Sekali ngapp je. Hehe. So, korang ulang langkah yang sama sampai aduanan habis.

Inilah hasil dia.

Lempeng gandum cicah sambal sardin.
Lempeng gandum cicah sambal sardin. 

Bahan untuk buat sambal sardin

1 tin sardin. Brand ikut suka, tapi cikla guna sardin AYAM BRAND jenis mackerel.
1 biji bawang besar (hiris).
2-3 ulas bawang putih (hiris).
1/2 inci halia (hiris).
3 sudu besar cili giling (kalau suka pedas, lebihkan).
Belimbing buluh, garam, air asam jawa dan minyak untuk menumis.

Cara nak masak. 

Panaskan minyak dalam kuali, then tumis bahan hiris sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan cili giling dan air asam jawa. Tumis sampai cili masak dan tak pedas. Kalau kering, tambah sedikit air. Dah garing, masukkan kuah sardin tu dulu dan sedikit air, and kacau rata. Lepas tu, baru masukkan isi sardin, belimbing buluh, dan garam. Kalau kuah nampak kering, tambah air. Kacau perlahan-lahan, dan biarkan mendidih.

Lempeng gandum cicah sambal sardin.
Lempeng gandum cicah sambal sardin. 

Kuah dia cikla memang biar pekat sikit sebab nak buat cicah kan, dan isi sardin tu cikla hancurkan jadi kecil-kecil. Lagipun isi sardin Mackerel ni besar-besar kan. Dah siap, angkat dan boleh dihidangkan bersama lempeng.

Lempeng gandum cicah sambal sardin.
Lempeng gandum cicah sambal sardin. 

Alhamdulillah, jadilah buat makan sendiri kan. Janji kenyang. Syukur nikmat.

6 comments:

  1. Haaa boleh buat ni untuk esok. Kehabisan idea nak masak apa untuk breakfast. Hihi.
    Stay safe xx

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. Sardin ni buat macam mana pun tetap sedap.

    ReplyDelete
  3. kita pun suka juga buat lempeng cicah sardin ni.

    ReplyDelete
  4. Best ni
    duduk rumah memang lapo aje

    ReplyDelete
  5. Woohoo ini mmg sedap.dan.lejen ni

    ReplyDelete