'Santai Tapi Sampai'

22 March 2020

3 langkah mudah kenalpasti makanan yang sudah rosak.

Dalam menangani wabak dan isu Covid19 yang sedang menular sekarang ni, kita sendiri perlu alert dengan langkah kebersihan diri sendiri terutamanya. 

Ini termasuklah sentiasa peka dengan makanan yang diambil dan tahu macam mana nak pastikan makanan itu masih elok atau sudah rosak. 

3 langkah mudah kenalpasti makanan yang sudah rosak.
3 langkah mudah kenalpasti makanan yang sudah rosak. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Inilah yang cikla nak share dengam korang, 3 langkah mudah kenalpasti makanan yang sudah rosak, iaitu :

  1. Lihat: Pastikan makanan tersebut tidak berlendir, berkulat, berbuih, berubah warna, tamat tarikh luput, tin kemek termasuklah bergelembung dan berkarat dan plastik makanan tak bocor atau koyak. 
  2. Hidu: Berbau masam dan tak sedap seperti masam, basi dan busuk.
  3. Rasa: Rasa basi dan masam. Makanan tak boleh dimakan lagi.

Ingat! Jangan makan makanan yang sudah rosak, untuk mengelakkan keracunan makanan berlaku.

1 comment: