Ada orang suka ambil ubat tahan sakit tanpa berjumpa dulu dengan doktor. Sebenarnya ini sangat tak digalakkan tau, lagi-lagi kalau korang selalu buat. Bukan kata ambil ubat tahan sakit ni tak elok, tapi perlu sesuai dengan nasihat doktor.
Oh ye, bila bercakap pasal kesakitan pulak, kesakitan boleh dikategorikan kepada dua yang biasa iaitu kesakitan akut dan kesakitan kronik, dan ia bergantung kepada tahap dan punca sakit tu jugak. Kesakitan ni pulak boleh do legakan dengan mengambil ubat tahan sakit.
Untuk pengetahuan korang, bila korang tercedera atau berlaku kecederaan, prostaglandin iaitu sejenis bahan kimia akan dihasilkan oleh badan. Prostaglandin ni dia macam hormon yang ada dalam pelbagai dan tisu dan cecair dalam badan korang. So, sebab dia nilah kita akan rasa sakit atau radang atau bengkak pada bahagian badan korang yang tercedera. Akan tetapi, prostaglandin jugak boleh bantu dalam proses penyembuhan, sebab radang atau bengkak jadi disebabkan kecederaan adalah tindak balas penyembuhan dari badan.
Jadinya, pengambilan ubat tahan sakit diambil untuk bantu kawal rasa sakit sekaligus beri kelegaan. Dan apa yang korang kena ingat, pengambilan ubat tahan sakit mesti mengikut tahap kesakitan yang korang alami. Jangan main telan je tau. Tak tahan sakit punya pasal!
Jenis-jenis ubat tahan sakit terbahagi kepada dua, iaitu :
Ubat tahan sakit bukan opioid.
Paracetamol, yang mana ia diambil untuk kesakitan yang tak membabitkan keradangan, atau bengkak. Dose untuk dewasa adalah 4 gm sehari. Contoh, ubat anti radang bukan steroid (NSAID) seperti asid mefenamik, aspirin, ibuprofen, diklofenak, meloxicam, selekosib dan etoricoxib. Ubat-ubat ni semua diberi untuk kesakitan yang disebabkan keradangan atau bengkak. Apa yang penting, pengambilan ubat tahan sakit jenis ni mesti mendapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi nak-nak pulak kalau korang mengidap asma, ulser perut atau korang mengambil ubat pencair darah seperti warfarin.
Ubat tahan sakit jenis opioid.
Untuk korang yang mengalami kesakitan sederhana ke teruk, biasanya doktor akan memberi ubat tahan sakit jenis opiod, contohnya tramadol. Ia biasanya diberikan dalam dose rendah kepada korang yang mengalami sakit lebih serius, dan tak dapat dirawat dengan paracetamol dan NSAID. Manakala, untuk dose yang lebih tinggi, ia biasanya digunakan untuk melegakan rasa sakit yang serius, dan ia perlu pemantauan rapi dari doktor untuk pastikan korang tak alami side effect akibat pengambilan ubat tersebut.
Apa yang paling penting, pastikan ubat yang korang ambil berdaftar secara sah dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. So, termasuklah ubat tahan sakit ni, korang mesti dapatkan ia di klinik dan hospital kerajaan, klinik dan hospital swasta, dan farmasi komuniti saja. Paracetamol saja yang dibenarkan dijual di kedai runcit dan kedai serbaneka. Oh ye, ada sesetengah ubat tahan sakit yang memerlukan preskripsi doktor sebelum korang nak beli dari farmasi.
Macam mana pulak nak ambil ubat tahan sakit ni?
- Perlu diambil selepas makan untuk mengurangkan alahan atau ketakselesaan perut.
- Hanya perlu diambil bila rasa sakit menyerang. Maksudnya, ia diambil bila perlu dan tak melebihi dose yang ditetapkan.
- Perlu diambil dengan air kosong untuk memastikan kadar penyerapan ubat terbaik dan berkesan melegakan rasa sakit.
- Kalau sudah mengambil ubat tahan sakit tapi masih tak lega atau mengalami rasa sakit yang berpanjangan perlu berjumpa doktor untuk rawatan lanjut bagi memastikan punca rasa sakit itu. Korang kena tau, setiap kesakitan memerlukan rawatan yang berbeza. Ingat tau!
Apa pula kesan pengambilan ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama?
- Boleh menyebabkan gastritis (radang perut), pendarahan dalam perut dan usus, termasuklah usus berlubang dan batuk atau muntah berdarah, kalau diambil secara tak terkawal dan dalam jangka masa yang lama.
- Jika ada komplikasi akibat ibu jugak boleh membawa maut.
- Punca dia? Sebab ubat tahan sakit boleh mengurangkan lapisan mukosa di perut, dan tisu perut akan terdedah kepada asid.
- Ubat tahan sakit jenis opiod pulak boleh menyebabkan ke bergantungan, sebab itulah dia perlukan nasihat dari doktor kalau nak mengambilnya.
Apa yang penting, elak beli ubat tahan sakit secara online sebab ia berisiko tak berdaftar secara sah, termasuklah ia dijual oleh mereka yang tak berlesen. Bukan apa, ditakuti ubat ni semua mengandungi bahan terlarang yang memudaratkan, termasuklah kehadiran steroid yang boleh menyebabkan masalah kita ran hormon dalam badan. Kesannya, berlaku komplikasi dan pelbagai penyakit seperti kegagalan hati dan ginjal seterusnya menyebabkan maut.
Nauzubillah, mintak dijauhkan dari kita semua. Aamin.
Nota : Untuk pertanyaan mengenai ubat an boleh hubungi ke PUSAT PANGGILAN FARMASI KEBANGSAAN di talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, dari jam 8 pagi hingga 5 petang).
Kredit info Siti Sarah Syahira Kushairi, Pegawai Farmasi UF44, Hospital Gua Musang, Kelantan.
0 comments: