Awas! Body shaming adalah perbuatan jenayah.

Korang pernah tak dengar perkataan atau istilah 'body shaming'? Pada korang yang first time dengar dan tau, body shaming bermaksud perbuatan menghina rupa fizikal seseorang di mana-mana perkhidmatan aplikasi. Korang tau tak, perbuatan ni boleh didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Bukan apa, cikla tengok perbuatan sebegini makin menjadi-jadi dalam media sosial. Contoh ayat, "Dah la gemuk, dah la hitam", ishh macam-macamlah istilah tak best yang menyakitkan hati.

Awas! Body shaming adalah perbuatan jenayah.
Awas! Body shaming adalah perbuatan jenayah. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Memang tak dinafikan ada sesetengahnya menganggap tu adalah gurauan, tapi korang kena ingat bukan semua boleh berlapang hati menerima gurauan sedemikian. Dalam ramai-ramai tu mungkin ada yang dah berkecil hati, berjauh hati dan tersinggung dengan "gurauan" tersebut. Kalau kawan korang tu jenis yang suka pendam perasaan, kan tak pasal-pasal korang jadi punca pada masalah "jiwa" dorang. Bahaya ooo, boleh menyebabkan sakit mental. Tekanan jiwa. Bagi cikla ni macam deraan mental tau.

Cikla memang sokong tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuat akta berkenaan dengan hal ini dan mengklasfikasikan perbuatan ni sebagai jenayah walaupun ramai yang masih tak sedar dan tak tau yang perbuatan body shaming ni adalah salah dan boleh didakwa. Dalam Islam pun, agama amat melarang umatnya mempersendakan orang lain sebab setiap makhluk adalah ciptaan Allah. Ia umpama menghina ciptaan Allah tau!

Awas! Body shaming adalah perbuatan jenayah.
Awas! Body shaming adalah perbuatan jenayah. Kredit gambar dari Google. 

Awas! Body shaming adalah perbuatan jenayah.
Awas! Body shaming adalah perbuatan jenayah. Kredit gambar dari Google. 

Lagipun, perbuatan ni memberi kesan buruk kepada mereka yang "dimalukan" seperti rasa stress dan mengalami gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan dan yang paling dashyat adalah membawa perbuatan membunuh diri. Nauzubillah. 

Akta yang berkaitan dengan perbuatan mengaibkan individu lain.

1. Seksyen 233 (1)(b), Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).

Seseorang yang memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana aplikasi sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. 

2. Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 509. 

Menggunakan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang. Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama 5 tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. 

Kredit info RUANGAN LAPORAN KHAS AKHBAR SINAR HARIAN. 

1 comment:

  1. orang suka bergurau hal body shamming, nak labelkan/kenalkan orang pun guna body shamming. kadang2 letak panggilan orang guna body shamming. jgn kita tergolong dlm golongan orang mcm tu

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews