Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada badan kita. Kesannya pada kesihatan kita boleh jadi dari tahap sederhana sehingga ke tahap serius yang boleh menyebabkan maut seperti strok haba.
Antara kesan tersebut adalah dehidrasi, kekeliruan dan koma (tak sedarkan diri). Untuk pengetahuan korang juga, ada beberapa golongan yang berisiko tinggi mendapat kesan dari cuaca panas ini, iaitu :
- Orang yang terbabit dengan aktiviti luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda.
- Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah.
- Mereka yang mempunyai penyakit berkaitan sistem pernafasan.
- Mereka yang mempunyai masalah darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit tiroid.
Selain itu, antara gejala yang kita boleh alert berkaitan dengan cuaca panas melampau adalah seperti sakit kepala, keletihan, hilang daya tumpuan, pening, lemah otot atau kejang, mual dan muntah-muntah.
- Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan.
- Pakai losen pelindung suria atau sunblock yang mempunyai nilai SPF 30 ke atas. It's more better!
- Tak duduk dalam kenderaan yang bertutup tanpa aircond.
- Guna kipas atau aircond untuk menyejukkan badan.
- Kurangkan mengambil minuman berkafein dan mengandungi gula yang tinggi.
- Minum minuman isotonic untuk menggantikan garam yang hilang akibat peluh.
- Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti di luar rumah terutama jika korang terpaksa mendedahkan diri kepada cahaya matahari.
- Pakai pakaian yang ringan, longgar dan berwarna terang.
- Gunakan topi atau payung atau apa saja yang boleh melindungi korang dari terkena pancaran matahari secara terus.
Kredit : Kementerian Kesihatan Malaysia.
Terima kasih atas perkongsian ini. Sekarang cuaca pun panas.
ReplyDeletelately ni panas malaysia panas mengancam... nasiblah sekarang ni memang duduk rumah je. ahahha
ReplyDeleteHarap2 bilan puasa nanti dah kurang panasnya.
ReplyDeleteterima kasih di atas tips :)
ReplyDelete