Cikla memang tak boleh nak brain, dalam kerisauan masyarakat dunia dengan penularan wabak COVID19 ni, ada juga orang yang tak bertanggungjawab' mempermainkan isu wabak yang semakin ditakuti ni. 

Macam dalam harianMETRO semalam, ada perempuan ni, entah ada masalah jiwa gamaknya, post dekat application TIKTOK, yang dia tengah menjilat mangkuk tandas dalam sebuah pesawat. 

Yang tak boleh nak blahh tu siap letak caption hashtag Coronavirus challenge lagi tu. Ngeekk sungguh lahai.

Sanggup jilat mangkuk tandas demi popular, siap hashtag coronavirus challenge. Memang buat kerja gila.
Sanggup jilat mangkuk tandas demi popular, siap hashtag coronavirus challenge. Memang buat kerja gila. 

Siapa aje yang tak marah kan bila tengok dia  buat macam tu. Dah la orang risau, lagilah dia boleh buat main pulak isu serius kot, ada ke patut dibuat bahan jenaka. 

Memang kena kecamlah weh. Nak glemer punya pasal, sanggup 'bahayakan' diri. Tandas jamban kot. Dah sah-sah berkuman bervirus berbakteria bagai. 

Huh! Sensitiflah sikit, lagipun wabak ni dah menyebabkan kematian ramai orang. Memang tak patut sangat dia buat macam gitu.

Sanggup jilat mangkuk tandas demi popular, siap hashtag coronavirus challenge. Memang buat kerja gila.
Sanggup jilat mangkuk tandas demi popular, siap hashtag coronavirus challenge. Memang buat kerja gila. 

Antara komen warganet, 

"Tidak, tolong jangan buat cabaran koronavirus dan kelihatan bodoh menjilat mangkuk tandas itu."

"Ya, kebodohan yang masih berlaku."

"Saya tidak dapat berfikir bila tengok aksi jijik begini."

Sumber ruangan GLOBAL, harian Metro.